Harian Metro

Peminat JDM serbu MAEPS

- Fatin Farhana Japre metahad@hmetro.com.my

Program #Megagath KL platform untuk peserta

tunjuk daya kreativiti ubah

suai

Sempena program #Megagath Kuala Lumpur 2017, sebanyak 2,585 model Myvi dan Alza dihimpun di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor baru-baru ini.

Perjumpaan ini menyaksika­n peminat pasaran domestik Jepun (JDM) yang sanggup menghabisk­an puluhan ribu ringgit mengubah suai kenderaan mereka persis Passo, Boon, Sirion, Hana, Sette dan Luminas.

Program anjuran Mr Garage Autoparts yang memasuki tahun ketujuh ini juga berjaya menarik lebih 5,000 pengunjung dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Penganjur, Mohd Rijalullah Rayah berkata, program itu dijadikan platform untuk menunjukka­n kreativiti masing-masing dan menyaksika­n peningkata­n jumlah peminat JDM di Malaysia.

“Selain acara perjumpaan, kami juga menganjurk­an pameran kenderaan dengan jumlah penyertaan lebih 200 jentera.

“Di sini kami memberi peluang kepada peminat JDM menunjukka­n kreativiti masing-masing daripada pelbagai kategori yang dipertandi­ngkan. Kenderaan peserta akan dinilai menerusi bahagian luaran, enjin, hiasan dalaman, audio, kebersihan, spesifikas­i

JDM dan 100 peratus produk asli Jepun,” katanya.

Katanya, lebih 30 kategori dipertandi­ngkan Passo Boon 06, Daihatsu Boon Custom, Toyota Passo Sette, Open VIP Concept, Passo Hana Euro, Best Body Sticker, Best Sunroof, Best Colour, Best Air Suspension dan Best Sports Rim.

“Tahun ini, peserta berpeluang merebut pelbagai hadiah menarik seperti pakej percutian dan alat ganti kenderaan yang ditaja oleh Ftuned Racing Suspension, Wan Farouk & Smartroleu­m Oil dan lain-lain.

“Justeru, saya berharap ada lebih ramai peminat JDM di negara kita kerana kenderaan ini sangat unik, futuristik dan ekstrem pada mata kami,” katanya.

Turut disediakan gerai makanan bagi kemudahan pengunjung menjamu selera dan gerai jualan alat ganti kenderaan daripada pihak penaja.

Pengunjung, Haziq

Shah, 25, dari Muar, Johor, mengakui teruja untuk melihat sendiri pameran kenderaan berkonsepk­an JDM ini kerana mahu mencari idea baru untuk mengubah suai model

Myvi miliknya.

“Saya boleh dikatakan baru saja ‘berjinak-jinak’ mengubah suai kenderaan ala Passo. Hari ini saya tidak saja mencari idea baru, juga berpeluang meminta nasihat atau pendapat daripada peminat kenderaan JDM yang berpengala­man.

“Secara keseluruha­n, program ini sangat memuaskan dan bagi saya, perjalanan selama dua jam semata-mata untuk ke sini sangat berbaloi,” katanya.

 ??  ?? REKAAN grafik luaran menarik. DERETAN Myvi yang diubah suai umpama Passo. PAMERAN model Myvi dan Alza yang diubah suai ala Passo, Boon, Sirion, Hana, Sette dan Luminas. MODEL pernah menang hadiah. LEBIH 2,500 model Myvi dan Alza dihimpunka­n dari...
REKAAN grafik luaran menarik. DERETAN Myvi yang diubah suai umpama Passo. PAMERAN model Myvi dan Alza yang diubah suai ala Passo, Boon, Sirion, Hana, Sette dan Luminas. MODEL pernah menang hadiah. LEBIH 2,500 model Myvi dan Alza dihimpunka­n dari...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia