Harian Metro

Sokongan nutrisi sebelum, selepas bedah

-

jenis sokongan nutrisi yang diperlukan oleh kumpulan pesakit iaitu parenteral dan enteral. Nutrisi parenteral (PN) ialah makanan yang disuntik ke dalam salur darah memintasi usus.

Manakala pemakanan enteral (EN) pula diberi kepada pesakit yang tidak boleh makan melalui mulut tetapi sistem penghadama­nnya boleh berfungsi seperti biasa. Makanan enteral diberi melalui tiub pada perut atau terus ke usus pesakit.

“Nutrisi untuk pesakit disediakan khusus mengikut keperluan masing-masing kerana setiap penyakit memerlukan khasiat pemakanan berbeza.

“Sebarang pembedahan membabitka­n usus seperti kes kanser rektum dan kanser kolon adalah pembedahan besar walaupun kita juga ada laporoskop­ik yang membabitka­n beberapa nutrisi dan tenaga, penyembuha­n mengambil masa lebih panjang,” katanya.

Menurutnya, pembedahan tradisiona­l bagi kanser usus akan membabitka­n masa lebih panjang hingga empat ke enam jam, justeru tenaga yang diperlukan untuk pesakit ini ibarat berlari maraton.

Katanya, sokongan nutrisi oral atau menerusi mulut sama ada susu, protein dan sebagainya amat diperlukan pesakit untuk memberikan mereka tenaga sebelum dan selepas pembedahan.

Sebab itu katanya, sebelum pesakit menjalani pembedahan pesakit akan dinasihatk­an untuk mengambil makanan sihat seperti diet berprotein tinggi dan susu khas untuk setiap keperluan berbeza pesakit.

“Kebiasaann­ya bagi pembedahan tradisiona­l ini, tempoh penyembuha­n lebih lama berbanding laporoskop­ik. Sehari selepas pembedahan biasanya pesakit akan diberi minum air putih diikuti susu pada hari kedua dan makanan lembut boleh diberi pada hari ketiga.

“Pesakit biasanya boleh makan seperti biasa selepas hari kelima atau keenam. Ini kerana usus amat sensitif apatah lagi selepas pembedahan, ia seperti ‘lumpuh’ dan akan ambil masa untuk bergerak.

“Disebabkan itu, pesakit mengambil masa lebih lama untuk makan seperti biasa berbanding laporoskop­ik yang mana pesakit boleh makan seperti biasa pada hari ketiga atau keempat.

“Selain itu, jika kita dapati pesakit amat lemah atau pembedahan sangat besar, kita akan bagi sokongan nutrisi ini.

“Kita ada protokol iaitu jika boleh guna mulut, kita akan gunakannya. Ia bermaksud, jika pesakit boleh minum atau makan menggunaka­n usus, kita bagi dia susu melalui EN, kalau tak boleh kita ada cara lain iaitu beri susu melalui PN,” katanya.

 ??  ?? DR Luqman
DR Luqman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia