Harian Metro

Pemilik 3 gerai terima notis ke mahkamah

-

mendapati tiga daripada 66 gerai makanan dan minuman di kawasan itu dikesan melakukan pelbagai kesalahan termasuk menggaji pekerja yang tidak mendapat suntikan vaksin antitifoid.

“Selain itu, kesalahan lain termasuk tidak memiliki sijil kursus pengendali makanan dan tidak mematuhi spesifikas­i pakaian ditetapkan untuk pengendali makanan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, susulan notis itu, pemilik gerai makanan perlu hadir ke mahkamah dan akan berdepan dengan kompaun antara RM200 hingga RM500 bergantung kepada jenis kesalahan.

Dalam pada itu, Rahman berkata, pemilik premis makanan perlu menggaji pekerja yang sudah menerima suntikan vaksin antitifoid daripada pengamal perubatan berdaftar.

“Saya menasihatk­an peniaga dan pemilik gerai supaya peka serta mengambil inisiatif untuk hadir ke pejabat kesihatan bagi mengetahui peraturan dan keperluan yang perlu dipatuhi khususnya daripada aspek kesihatan,” katanya.

Berhubung perkara berasingan, Rahman berkata, pihaknya turut mengadakan operasi larangan merokok sepanjang penganjura­n karnival beli-belah, LeFest Tour 9.0, berlangsun­g di lokasi sama, pada semalam dan hari ini.

“Ia bagi memastikan pengunjung mematuhi larangan merokok di tempat awam seperti kompleks sukan, selain memberi kesedaran kepada orang awam mengenai bahaya asap rokok kepada pihak ketiga iaitu individu bukan perokok terutama kanak-kanak dan wanita hamil,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA Jabatan Kesihatan Tawau menjalanka­n pemeriksaa­n terhadap gerai makanan dan minuman yang beroperasi di Kompleks Sukan Tawau, kelmarin.
ANGGOTA Jabatan Kesihatan Tawau menjalanka­n pemeriksaa­n terhadap gerai makanan dan minuman yang beroperasi di Kompleks Sukan Tawau, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia