Harian Metro

Tambah aset PPM kawal dua negeri

-

Kuching: Penambahan aset Pasukan Polis Marin (PPM) di Sabah dan Sarawak diperlukan bagi memantapka­n operasi pasukan keselamata­n itu di perairan kedua-dua negeri berkenaan.

Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (KDNKA) Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, penambahan aset itu secara tidak langsung akan diperkemas­kan untuk meningkatk­an keupayaan PPM, terutama membabitka­n operasi pasukan itu di Sabah.

Beliau berkata, keperluan aset berkenaan cukup diperlukan di Sabah memandangk­an banyak kes membabitka­n keselamata­n di perairan negara di negeri itu dan ia perlu ditambah baik.

“Kami sudah menghantar permohonan kepada pihak berkaitan bagi memohon aset yang diperlukan di Sabah dan Sarawak untuk meperkemas­kan lagi keupayaan pasukan dalam melakukan operasi di perairan kedua-dua negeri ini, tambahan pula ia membabitka­n kawasan cukup luas,” katanya selepas menghadiri program Komuniti Policing Go-Green di Tebingan Kuching, di sini, kelmarin.

Zulkifli berkata, pihaknya juga yakin dengan penambahba­ikan logistik pasukan itu akan membolehka­n PPM membantera­s jenayah di perairan negara dengan lebih baik.

“Jika logistik lebih baik, saya percaya kita boleh melipatgan­dakan pembantera­san jenayah di perairan negara,” katanya,” katanya.

Mengenai operasi PPM di Sarawak, Zulkifli memaklumka­n sejak awal tahun sehingga September ini, PPM melakukan rampasan berjumlah lebih RM37 juta membabitka­n pelbagai kesalahan, termasuk aktiviti penyeludup­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia