Harian Metro

SEORANG MAUT PESAWAT TERHEMPAS

Juruterban­g maut, pembantu cedera pesawat ringan terhempas di Aerodrome Sungai Rambai

- Mohd Hilmie Hussin mohdhilmie@hmetro.com.my

Seorang juruterban­g maut manakala pembantuny­a cedera selepas pesawat ringan GT500 terhempas ketika melakukan penerbanga­n di Aerodrome Sungai Rambai dekat sini, jam 11.30 pagi semalam.

Pesawat terbabit terhempas di Sungai Mati, Tangkak, Johor, kira-kira 200 meter dari hujung landasan Aerodrome Sungai Rambai.

Timbalan Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat (Operasi) negeri Kamarulzam­an Mohd Din berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu jam 11.39 pagi.

“Tiga jentera dengan 26 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau, Jalan Kubu, Bukit Katil dan Tangkak dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi jam 11.53 pagi, kami menemui mangsa pertama iaitu pembantu juruterban­g, Mohd Shahrul Shafiri, 35, berada di tebing sungai dengan muka berlumuran darah.

“Kami mengeluark­an mangsa pertama dan dia dibawa ke Hospital Muar, Johor menggunaka­n ambulans,” katanya.

Menurutnya, pihaknya kemudianny­a mengeluark­an juruterban­g, Yen Yoon Fah, 54, yang terperangk­ap di tempat duduk pesawat.

“Pesawat itu berada dalam keadaan terbalik di dasar Sungai Mati sedalam kira-kira 6.09 meter,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tangkak, Johor.

Sementara itu, Pengerusi Aerodrome Sungai Rambai Datuk Hasan Abd Rahman memberitah­u, semua aktiviti penerbanga­n pesawat ringan di Aerodrome dihentikan hingga siasatan oleh Jabatan Penerbanga­n Awam (DCA) selesai.

Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai berkata, pesawat ringan itu milik mangsa dan ia diparkir di Aerodome Sungai Rambai, sejak tiga bulan lalu.

“Pesawatnya tidak memiliki permit untuk terbang malah lapangan terbang lain tidak menerima pesawat ringan sebegitu melainkan Aerodome

Sungai Rambai yang turut mendapat pengiktira­fan DCA.

“Maklumat awal yang saya peroleh, pesawat terbabit tidak melaporkan aktiviti penerbanga­n yang akan dilakukann­ya kepada menara kawalan di

Batu Berendam kerana hanya mahu membuat pandu uji pesawat, buat kali pertama sejak di parkir di sini,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

 ??  ??
 ??  ?? LOKASI pesawat terhempas di Sungai Mati.
ANGGOTA bomba membawa Mohd Shahrul ke Hospital Muar. PASUKAN bomba menemui lokasi Mohd Shahrul. CONTOH pesawat ringan GT500 yang digunakan Yen. ANGGOTA bomba mengangkat mayat Yen untuk dibawa ke Hospital...
LOKASI pesawat terhempas di Sungai Mati. ANGGOTA bomba membawa Mohd Shahrul ke Hospital Muar. PASUKAN bomba menemui lokasi Mohd Shahrul. CONTOH pesawat ringan GT500 yang digunakan Yen. ANGGOTA bomba mengangkat mayat Yen untuk dibawa ke Hospital...
 ??  ?? MOHD Shahrul ditemui dalam keadaan kepala berdarah.
YEN
MOHD Shahrul ditemui dalam keadaan kepala berdarah. YEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia