Harian Metro

Gelagat pelik pemandu wanita bongkar rahsia

-

Lumpur: Gelagat mencurigak­an seorang pemandu wanita ketika melalui pemeriksaa­n Imigresen di Woodlands, Singapura, Jumaat lalu membongkar kegiatanny­a cuba membawa masuk sejumlah dadah jenis syabu dari Malaysia ke negara jiran terbabit.

Dalam kenyataan dikeluarka­n Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaa­n Singapura (ICA), semalam mendapati wanita berusia 23 tahun itu memandu kereta bernombor pendaftara­n Malaysia masuk ke negara itu berseorang­an.

Bagaimanap­un, katanya, gelagat wanita itu yang mencurigak­an mendorong pemeriksaa­n menyeluruh dibuat terhadap kereta suspek.

“Pemeriksaa­n yang dilakukan menemui sejumlah 208 gram dadah jenis syabu yang diletakkan dalam plastik lut sinar di tempat pemegang minuman penumpang depan kereta itu. Dadah yang dirampas dianggarka­n bernilai lebih RM62,311 (SGD20,000),” katanya.

Menurutnya, wanita berkenaan kemudian diserahkan kepada Biro Narkotik Pusat (CNB) untuk tindakan lanjut.

Katanya, pihak ICA akan meneruskan pemeriksaa­n ketat terhadap penumpang dan kenderaan di pusat pemeriksaa­n bagi mematahkan cubaan menyeludup manusia, senjata, dadah, bahan letupan dan barang yang tidak dibenarkan.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang lelaki warga Malaysia antara dua suspek yang ditahan dalam operasi CNB di Pusat-Beli Belah Jelita, Jalan Holland, Singapura dan merampas pelbagai dadah bernilai RM339,597 (SGD109,000) pada 6 Oktober lalu.

Dalam kenyataan CNB, suspek pertama warga Singapura menemui lelaki warga Malaysia berusia 26 tahun itu di kawasan parkir pusat beli-belah terbabit.

Katanya, lelaki warga Malaysia kemudian masuk ke pusat beli-belah manakala rakannya beredar meninggalk­an lokasi dengan kenderaan.

“Anggota CNB yang mengekori suspek (warga Singapura) sebelum menahannya di Ghim Moh Link dan menemui sejumlah 435 gram heroin dan 213 gram syabu yang disembunyi­kan di bahu jalan berhampira­n Stesen MRT Dover,” katanya.

 ??  ?? DADAH dan wang tunai yang dirampas.
DADAH dan wang tunai yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia