Harian Metro

Pengaruh media sosial tanpa batasan

-

Kuala Lumpur: Keghairaha­n remaja bawah umur yang melihat keseronoka­n berhibur di media sosial antara pendorong utama golongan itu sanggup menggunaka­n pelbagai taktik untuk memasuki pusat hiburan.

Pakar sosial yang juga Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, kecanggiha­n media sosial tanpa batasan kini menyebabka­n perasaan ingin tahu golongan remaja semakin membuak-buak.

“Di media sosial, tiada tapisan untuk semua orang melihat dunia luar. Perkara itu menyebabka­n remaja sanggup melakukan apa saja bagi mencapai hasrat untuk berhibur seperti dewasa walaupun menyedari mereka masih di bawah umur.

“Malah, keinginan itu mendorong mereka untuk lebih berani pergi ke pusat hiburan apatah lagi kemasukan mereka seolah-olah digalakkan oleh premis yang membenarka­n remaja bawah umur masuk tanpa pemeriksaa­n kad pengenalan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dr Mohammad Shatar berkata, terdapat beberapa faktor lain yang turut mendorong remaja bawah umur mahu mendapatka­n keseronoka­n di pusat hiburan termasuk kawasan persekitar­an mereka yang terdedah dengan aktiviti sosial.

“Kebanyakan remaja bawah umur yang terbabit dengan kegiatan berkunjung ke pusat hiburan ini membabitka­n mereka yang tinggal di kawasan bandar berikutan kewujudan banyak premis hiburan.

“Selain itu, kekurangan nilai moral dalam institusi kekeluarga­an turut menyumbang kepada masalah ini terutama membabitka­n anak-anak yang tinggal berjauhan daripada ibu bapa sekali gus membolehka­n mereka melakukan kegiatan itu tanpa pengetahua­n keluarga,” katanya.

Beliau berkata, tindakan pihak berkuasa yang menjalanka­n operasi bagi membantera­s kegiatan itu adalah langkah bijak dalam usaha memastikan masalah itu tidak berterusan pada masa datang.

“Di media sosial, tiada tapisan untuk semua orang melihat dunia luar. Perkara itu menyebabka­n remaja sanggup melakukan apa saja bagi mencapai hasrat berhibur seperti dewasa” Dr Mohammad Shatar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia