Harian Metro

Auta RM4.9b

 Sejumlah 27 skim pelaburan kini dalam perhatian Bukit Aman elak rakyat Malaysia terus tertipu

- Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail rabiatul@hmetro.com.my

FAKTA Pelabur dijanjikan pulangan melebihi 100 peratus sebaik tempoh matang

Keinginan terlampau mahu bergelar jutawan berikutan sikap tamak menguasai diri menyebabka­n skim pelaburan haram di negara ini terus mendapat sokongan sehingga mampu beroperasi antara setahun hingga tiga tahun, sekali gus mengaut keuntungan dianggarka­n melebihi RM4.9 bilion sejak Julai 2013 hingga September lalu.

Biarpun pendedahan demi pendedahan disiarkan di media serta laman sosial namun masih ada individu yang taasub dengan tawaran dan janji manis pengasas pelaburan tipu terbabit.

Pelabur dijanjikan pulangan semula pelaburan melebihi 100 peratus sebaik tempoh matang antara tiga bulan sehingga setahun. Bagaimanap­un, selepas tempoh matang, pelabur lesap dan pulangan keuntungan yang dijanjikan tidak diterima.

Mengikut statistik yang dikeluarka­n Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, terdapat 27 skim pelaburan yang berada dalam pemerhatia­n mereka kerana ada antaranya masih aktif dengan menawarkan pelaburan berbeza, biarpun dalangnya sudah dicekup.

Berdasarka­n statistik itu, skim pelaburan Crude Palm Oil antara paling lama beroperasi iaitu sejak Julai 2013 hingga September 2016 dengan dianggarka­n mengaut keuntungan kira-kira RM63 juta daripada 30,000 mangsa.

Bagi kes itu, sebanyak 248 laporan polis diterima dengan tiga individu sudah dituduh di mahkamah dan dikenakan hukuman mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613) (AMLA).

Sementara itu, dalam tempoh dua tahun bermula April 2015 hingga Jun lalu, skim pelaburan JJ Poor To Rich

(JJPTR) menipu 500,000 mangsa membabitka­n kerugian RM1.2 bilion, namun hanya 14 mangsa membuat laporan polis dan 10 kertas siasatan dibawa ke mahkamah untuk didakwa.

Bagi kes itu, dua individu dituduh di mahkamah dan seorang daripada mereka dijatuhkan hukuman mengikut AMLA.

Ada skim pelaburan yang hanya beroperasi enam bulan seperti Richway, tetapi menipu 200,000 pelabur dengan kerugian RM100,000.

Timbalan Pengarah JSJK Datuk A Thaiveegan berkata, masyarakat mudah terjebak dan terpengaru­h dengan pelaburan yang menjanjika­n pulangan berganda sehingga melebihi 100 peratus yang akhirnya merugikan diri sendiri.

Menurutnya, sejak Julai 2013, sebanyak 2,537 laporan polis diterima untuk 27 skim pelaburan tipu berkenaan, tetapi lebih 1.73 mangsa yang menyertai semua skim terbabit.

“Sebanyak 289 kertas siasatan dibuka dan 43 dituduh di mahkamah. Daripada jumlah itu, 22 individu dikenakan tahanan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 dan 12 disiasat mengikut AMLA,” katanya.

Thaiveegan berkata, harus diingatkan tiada pelaburan yang boleh memberi pulangan melebihi 15 peratus sebulan kerana syarikat pelaburan berdaftar memberi pulangan dalam tempoh setahun.

“Kenapa perlu rugi terbabit dengan pelaburan yang tidak sah? Peraturann­ya mudah saja iaitu apabila ada individu yang datang, bermulut manis dan menjanjika­n bulan dan bintang...itu penipuan. Tidak ada perniagaan yang betul-betul boleh berikan pulangan sedemikian,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia