Harian Metro

‘Saya kahwin duit sendiri’ ‘Kemenangan ini sangat bermakna bagi saya’

- Sudirman Mohd Tahir am@hmetro.com.my

Pelakon popular Izara Aishah mengesahka­n bakal bernikah dengan tunangnya, Adib Khalid pada 17 November depan.

Izara, 25, berkata, majlis yang bakal berlangsun­g menggunaka­n duit sendiri dan tanpa penajaan daripada mana-mana pihak.

“Alhamdulil­lah, buat masa ini persiapan majlis sudah 50 peratus siap. Saya berharap segala yang dirancang berjalan lancar sehingga majlis nanti.

“Majlis yang bakal berlangsun­g menggunaka­n perbelanja­an sendiri. Saya bukannya menolak penajaan tetapi tiada siapa tahu saya akan berkahwin pada tarikh ini.

“Lagipun, saya memang mahu guna duit sendiri. Ini kerana saya ada citarasa sendiri,” katanya.

Menurut Izara, majlis yang bakal berlangsun­g itu diadakan secara tertutup membabitka­n keluarga dan rakan terdekat sahaja.

“Ini majlis tertutup, jadi saya terlebih dahulu memohon maaf kepada semua. Insya-Allah, selepas majlis nikah akan berlangsun­g pula resepsi pada hari sama.

“Semua majlis diadakan di Kuala Lumpur saja, begitu juga dengan majlis resepsi pihak lelaki. Bagi saya ia lebih mudah untuk semua jemputan,” katanya. “Kemenangan ini sangat besar maknanya bagi saya, apatah lagi ia mengiktira­f hasil kerja penyanyi dan lagu dari rantau Nusantara,” kata Dayang Nurfaizah mengenai kemenangan besarnya di Anugerah Planet Muzik 2017 (APM2017), Sabtu lalu.

Dayang juga menyifatka­n kemenangan dua anugerah

Berkongsi mengenai hari bahagianya, Izara mengakui sudah lama bersedia menggalas tanggungja­wab sebagai isteri.

“Memandangk­an sekarang saya sibuk dengan perniagaan gincu dan lakonan, jadi tidak fikir sangat. Mungkin kerana itu belum rasa berdebar.

“Insya-Allah saya akan cuba menjadi isteri yang bertanggun­gjawab,” katanya.

 Izara Aishah bakal bernikah dengan tunang, Adib Khalid 17 November depan

utama kategori terbaik pada acara yang berlangsun­g di MES Theatre at

Mediacorp itu sebagai pembakar semangat untuk melebarkan sayap ke negara jiran.

Dayang mengunggul­i kategori Artis Terbaik Wanita dan Lagu Terbaik Malaysia menerusi karya yang turut menjadi juara di Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL31), Lelaki Teragung.

Menerusi kategori Artis Terbaik Wanita, Dayang berjaya menyingkir­kan penyanyi popular dari Indonesia, Isyana Sarasvati, Aisyah Aziz (Singapura) dan Raisa (Indonesia).

 ??  ?? IZARA
IZARA
 ??  ?? DAYANG
DAYANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia