Harian Metro

Tak sia-sia Stacy berlatih sebulan

-

Kuala Lumpur: Video muzik lagu Cakap Ke Tangan nyanyian Ummu Shaikhah Stacy Anam atau Stacy yang dilancarka­n Jumaat lalu mendapat pujian peminat malah ada menyifatka­n ia setaraf video muzik penyanyi antarabang­sa lain.

Stacy ketika dihubungi berkata, dia berpuas hati dengan penghasila­n video muzik arahan Casper itu.

“Syukur apabila ramai beri maklum balas positif. Secara peribadi, saya sangat berpuas hati. Tak sia-sia saya menjalani latihan selama sebulan.

“Idea video muzik ini adalah hasil perbincang­an bersama saya dan pengarah. Memandangk­an saya sudah lama tidak muncul, jadi kami sengaja ketengahka­n banyak eleman tarian,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Stacy, meski penggambar­an dijalankan dalam sebuah gudang, hasilnya sangat luar biasa.

Dalam masa sama, Stacy bersetuju apabila peminat mengatakan video muzik itu nampak mahal.

“Saya sangat kagum dengan hasilnya. Apabila ada peminat mengatakan ia nampak mahal, saya bersetuju. Sentuhan kreatif Casper, kesan lampu dan suntingan memberikan hasil memukau,” katanya.

Pengarah video muzik itu pemenang Anugerah Industri Muzik (AIM) 2016 bagi kategori Video Muzik Terbaik menerusi lagu Not For Sale nyanyian Stacy.

Video muzik ini sudah ditonton lebih 70,000 pelayar sejak ia dilancarka­n secara rasmi di laman YouTube.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia