Harian Metro

IKAN OH IKAN!

- Idris Musa, Muhaamad Hafis Nawawi, Muhamaad Razis Ismail dan Nazdy Harun am@hmetro.com.my

 Kenaikan harga tidak masuk akal undang keluhan rakyat

Kuala Lumpur

Ikan semakin mahal, harga ditetapkan berbeza-beza mengikut gred, kesegaran dan premis jualan, sekali gus perlu tindakan bijak pengguna untuk membuat pilihan terbaik.

Tinjauan di beberapa pasar ikan dan pasar raya besar di Lembah Klang sejak beberapa hari lalu mendapati perbezaan ketara dari segi harganya.

Kembung, selar dan mabung bagi setiap kilogram (kg) di gerai basah sebuah pasar raya dijual pada harga RM12.99, RM14.99 dan RM10.99 manakala sebuah lagi pasar raya lain RM14.99, RM17.99 dan RM14.89.

Mungkin kelihatan lebih rendah jika dibandingk­an dengan harga di pasar basah, misalnya kembung dijual pada RM17 hingga RM19 setiap kg. Namun, gred dan kesegarann­ya mungkin tidak sama.

Kakitangan kerajaan, Azri Yunus, 32, berkata dia mendapati harganya tidak lagi murah seperti dulu.

“Saya selalu juga membeli ikan, selain daging untuk keperluan di rumah. Saya kurang beli ayam. Harga ikan sekarang boleh tahan (agak mahal),” katanya.

Di Kota Bharu, Zabidah Jaafar, 53, berkata kenaikan harga ikan kebelakang­an ini membebanka­n rakyat.

“Mak cik perlu peruntukan sehingga RM16 sehari untuk membeli ikan sahaja,” katanya.

Zabidah berkata, pada masa sama, dia perlu membeli barang keperluan lain seperti sayur dan barangan dapur.

Meskipun tertekan dengan kenaikan harga itu, dia tiada pilihan lain dan terpaksa juga membelinya kerana keperluan utama rumah.

“Harga ikan naik mendadak sejak kebelakang­an ini menyebabka­n keluarga terbeban. Pilihan ikan juga sangat terhad.

“Inipun mak cik beli terus daripada peraih untuk harga lebih murah berbanding di tempat lain,” katanya ditemui di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Besar, di sini.

Di Kuala Terengganu, pengguna, Fatimah Abdullah, 64, dari Kampung Panji, berkata dia berasa bimbang kerana harga ikan ketika ini seolah-olah seperti tiada kawalan.

Menurutnya, sebagai contoh harga pasaran bagi ikan selar ketika ini mencecah harga RM15 sekilogram dan ikan merah pula RM30 sekilogram.

Katanya, harga ikan yang tidak menentu juga mengakibat­kan pengguna sukar membuat pilihan kerana ada hari harga ikan turun dan ada ketika meningkat hingga ada yang tidak berminat untuk membeli ikan.

“Sekiranya musim ikan sukar diperoleh harganya semakin meningkat dan ia membebanka­n pengguna kerana terpaksa membeli dengan harga yang tinggi.

“Walaupun mempunyai pilihan seperti ayam dan ikan sangkar seperti patin, keli dan tilapia tetapi tidak sama seperti ikan laut yang menjadi pilihan sejak kecil,” katanya.

Di Alor Setar, Mohd Azhar Hamid, 42, berkata harga ikan akan menjadi mahal apabila tiba musim tengkujuh dan pernah mencecah RM15 sekilogram.

“Mahal atau murah bagi saya tetap kena beli sebab keperluan makanan tetapi tidak sampai merungut kerana kita faham sebab apa ia mahal.

“Lagi pun bukan selalu harga ikan itu mahal, sebaliknya ia bergantung pada musim kerana jika bekalan ikan banyak saya pernah membeli ikan temenung (kembung) RM2 sekilogram,” katanya.

 ?? Azri Yunus ?? Saya selalu juga membeli ikan, selain daging untuk keperluan di rumah. Saya kurang beli ayam. Harga ikan sekarang boleh tahan” PENIAGA ikan melayan pelanggann­nya yang membeli ikan di Pasar Seberang Kota, Kuala Kedah. SEORANG peraih sibuk mengangkat hasil ikan untuk dijual kepada pelanggann­ya.
Azri Yunus Saya selalu juga membeli ikan, selain daging untuk keperluan di rumah. Saya kurang beli ayam. Harga ikan sekarang boleh tahan” PENIAGA ikan melayan pelanggann­nya yang membeli ikan di Pasar Seberang Kota, Kuala Kedah. SEORANG peraih sibuk mengangkat hasil ikan untuk dijual kepada pelanggann­ya.
 ?? Zabidah Jaafar ?? Harga ikan naik mendadak sejak kebelakang­an ini menyebabka­n keluarga terbeban. Pilihan ikan juga sangat terhad”
Zabidah Jaafar Harga ikan naik mendadak sejak kebelakang­an ini menyebabka­n keluarga terbeban. Pilihan ikan juga sangat terhad”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia