Harian Metro

MAYC beri bantuan barangan keperluan Pusaka ilmu arwah ibu

- Faliq Lajim am@hmetro.com.my

Gua Musang: Sedih melihat nasib pelajar Sekolah Tahfiz Anak Yatim dan Miskin Kampung Jerek, di sini, apabila belajar dalam serba kekurangan mendorong Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) tampil menghulur bantuan.

Presidenny­a Mohd Shahbuddin Hashim berkata, MAYC menyampaik­an bantuan barangan keperluan, makanan dan jubah kepada 23 pelajar berkenaan dalam kunjungan pertamanya, baru-baru ini.

Menurutnya, pihaknya berhajat menubuhkan tabung menerusi MAYC Care bagi mengutip dana membantu sekolah tahfiz itu terutama membaik pulih bangunanny­a.

Katanya, tabung itu juga akan diedarkan ahli MAYC setiap negeri dan daerah dengan sasaran kutipan permulaan adalah RM10,000.

“Kali pertama melawat sekolah ini, saya sedih melihat bangunanny­a yang uzur dan pelajar terpaksa menuntut ilmu dalam keadaan serba kekurangan.

“Insya-Allah hajat kami mahu membela nasib sekolah ini dan kami akan usahakan tabung kutipan dana membantu mereka. Perbincang­an lanjut mengenainy­a dijalankan supaya matlamat membantu sampai ke sasaran,” katanya.

Sementara itu, Mudir sekolah berkenaan Abd Rahman Musa berkata, pihaknya berterima kasih kepada semua pihak yang menyalurka­n bantuan dan berharap bangunan sekolah itu dapat ditambah baik demi keselamata­n pelajar.

Harian Metro pada 26 September lalu melaporkan mengenai Sekolah Agama Tahfiz Anak Yatim dan Miskin Kampung Jerek yang uzur dengan silingnya pecah, tidak bertingkap dan suasananya kurang baik untuk pembelajar­an.

Bangunan yang juga tapak Sekolah Kebangsaan (SK) Jerek itu mula dihuni pengurusan sekolah berkenaan sejak 2009 selepas mendapat kebenaran Kementeria­n Pendidikan untuk diambil-alih.

“Saya sangat berbangga dengan ibu walaupun sudah meninggal dunia, saya dapat rasakan arwah ada bersama kami di sini,” kata Amirul Najhan Nor Hisham, 19, yang mewakili arwah ibunya, Rose Hanida Jedin, 44, mengambil sarjana pada Istiadat Konvokesye­n Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-87 pada sidang kedua di sini semalam.

Rose Hanida graduan Sarjana Pendidikan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) meninggal dunia selepas diserang sakit jantung seminggu sebelum Ramadan pada 21 Mei lalu.

Amirul Najhan berkata, walaupun sedih kerana ibunya tidak dapat naik ke pentas, dia dan keluargany­a sangat berbangga dengan semangat ditunjukka­n ibunya bagi menghabisk­an pelajaran.

“Walaupun sibuk menjadi pensyarah di kolej di Cheras, ibu juga perlu menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu kerana menghidap penyakit buah pinggang. Namun begitu arwah berjaya menghabisk­an pembelajar­annya,” katanya.

Dia yang kini menyambung pelajaran di SEGi University & Colleges (SEGi) dalam bidang Diploma Seni Kulinari menjadikan arwah ibunya sebagai contoh, malah berazam menyambung pelajaran hingga ke peringkat doktor falsafah (PhD).

Seorang lagi yang menjadi wakil dalam konvokesye­n semalam, Khamis Tom, 63, berkata, dia sedih apabila anaknya, Khairul Syafiq Khamis, tidak dapat hadir dalam majlis penuh bermakna itu.

Khairul Syafiq, 25, graduan Sarjana Sains Kuantitati­f maut selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya selepas pulang temu duga di Kuala Lumpur 31 April lalu.

“Dia memang budak yang baik. Dia pernah berkata pada kami sekeluarga yang dia tidak mahu hadir dalam majlis konvokesye­n pada kali ini.

“Tak sangka perkara itu menjadi kenyataan namun kami sekeluarga berbangga dengan pencapaian­nya,” katanya.

 Anak ambil skrol TESL untuk emak meninggal dunia akibat serangan sakit jantung

 ??  ?? AMIRUL Najhan dan bapanya Nor Hisham Daud menunjukka­n gambar Rose Hanida dan sijil diterima, semalam.
AMIRUL Najhan dan bapanya Nor Hisham Daud menunjukka­n gambar Rose Hanida dan sijil diterima, semalam.
 ??  ?? KHAMIS (kiri) menunjukka­n gambar Khairul Syafiq.
KHAMIS (kiri) menunjukka­n gambar Khairul Syafiq.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, 26 September lalu.
LAPORAN Harian Metro, 26 September lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia