Harian Metro

Bebas buat sementara je...

- Shamsul Munir Safini shamsulmun­ir@hmetro.com.my

 Permohonan kali ketujuh polis untuk reman Boy Iman dan 3 individu lain ditolak mahkamah

Pengarah Urusan DBI Properties Datuk Noruliman A Rahman atau Boy Iman dibebaskan Mahkamah Majistret Bukit Mertajam selepas permohonan reman dikemukaka­n polis ditolak mahkamah, semalam.

Majistret Dianne Nigrad Nor Azhar menolak permohonan reman ke atas Boy Iman serta tiga lagi pengarah syarikat Juta Kelulut Global Resources yang sebelum ini ditahan berhubung kes penipuan jualan rumah banglo membabitka­n jumlah kerugian keseluruha­n RM6.2 juta.

Boy Iman, 37, bersama tiga lagi individu berusia 30 hingga 45 tahun itu tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Bukit Mertajam 10.35 pagi selepas mereka ditahan di Ampang, 2 Oktober lalu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sehingga kini, 210 laporan polis dibuat mangsa seluruh negara dan satu daripadany­a dipercayai dibuat di Pulau Pinang.

Peguam mewakili Boy Iman dan tiga lagi individu Faizul Mohd Nasir berkata, anak guamnya itu akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (IPDSPT) sebelum dibebaskan.

Faizul berkata, pihaknya memohon mahkamah menolak permohonan reman terhadap anak guamnya memandangk­an semua mereka direman di beberapa mahkamah sebelum ini. Sebelum ini, ahli perniagaan berkenaan pernah direman di Ampang, Shah Alam, Selangor, Muar, Johor, Sungai Petani dan Kubang Pasu, Kedah serta Kangar, Perlis.

Difahamkan, Boy Iman bagaimanap­un tidak bebas lama selepas dia akan diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) di Nibong Tebal berhubung satu kes penipuan membabitka­n syarikatny­a sebelum diserahkan kepada polis Johor bagi tindakan selanjutny­a.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superinten­dan Shafee Abd Samad berkata, pihaknya tidak bercadang untuk menahan reman Boy Iman, sebaliknya dia akan diambil keterangan sebelum diserahkan kepada polis Johor.

 ??  ?? BOY Iman diiringi anggota polis ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, semalam.
BOY Iman diiringi anggota polis ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia