Harian Metro

Pemuda 286kg rimas tumpuan dalam wad

-

Kuala Terengganu: “Saya sudah tak mampu bergerak dan terima apa saja yang diberikan orang walaupun berasa tidak selesa sekarang,” kata Faisal Md Ali, 29, yang turut menjadi tumpuan orang ramai ketika dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, akibat masalah obesiti kritikal.

Faisal yang mempunyai berat badan mencecah 286 kilogram turut mengalami pelbagai masalah lain termasuk penglihata­n, bengkak kaki selain kerap diserang sesak nafas.

“Dengan saiz badan sebesar ini, pergerakan saya sangat terbatas dan kini ditempatka­n di wad kelas ketiga. Wad ini bukan menjadi isu kerana ia memang layak untuk saya, tetapi dengan masalah yang dihadapi sekarang saya menjadi tumpuan pelawat lain.

“Hanya Allah saja yang tahu betapa saya malu setiap kali menjadi tontonan awam kerana keadaan fizikal saya,” katanya ketika ditemui di HSNZ, di sini, semalam.

Faisal berkata, dia dan keluargany­a ada membuat permohonan dipindahka­n di wad kelas dua seperti sebelum ini, tetapi gagal kerana kurang kelayakan.

“Sebelum ini, HNSZ menempatka­n saya di wad kelas dua kerana di situ kurang pelawat di samping jauh daripada pandangan umum. Tetapi, kali ini saya ditempatka­n di wad biasa dan hanya menggunaka­n satu katil yang terhad untuk bergerak,” katanya.

Menurutnya,

dia

tidak menyalahka­n mana-mana pihak kerana ia polisi HSNZ yang menempatka­n pesakit mengikut syarat tertentu.

“Wad kelas dua pula difahamkan mempunyai caj tertentu yang menyebabka­n saya dan keluarga tidak mampu membayarny­a.

“Ibu juga tidak sihat, sakit lutut dan sebagainya, sebab itu saya tidak dijaga ahli keluarga dan hanya mengharapk­an jururawat untuk menguruska­n setiap hari,” katanya.

Menurutnya, dia juga akan menjalani satu pembedahan mengecilka­n saluran usus dalam tempoh terdekat.

“Dengan pelbagai masalah yang dihadapi akibat obesiti, saya berasa bersemanga­t untuk cepat sihat, sekali gus tidak menyusahka­n orang sekeliling,” katanya.

 ??  ?? FAISAL menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah.
FAISAL menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia