Harian Metro

Ammar derita masalah usus

-

Pekan: Usianya baru menginjak dua bulan, namun malang si kecil ini terpaksa menjadikan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan sebagai ‘rumahnya’ berikutan mengalami masalah usus sejak dilahirkan.

Muhammad Ammar Shafin Amir, anak bongsu daripada dua beradik itu juga terpaksa dibedah ketika berusia seminggu berikutan masalah usus dihadapiny­a, malah hingga kini masih lagi bernafas menggunaka­n alat bantuan pernafasan.

Ibunya, Ana Lissa Shakila Sulaiman, 32, berkata, Muhammad Ammar Shafin dilahirkan cukup bulan, namun mengalami komplikasi dalam kandungan menyebabka­n terpaksa dilahirkan melalui pembedahan.

“Selepas lahir, doktor di HTAA bagi tahu anak saya mempunyai masalah berkaitan usus dan perlu dibedah segera selepas keadaannya stabil. Kira-kira seminggu kemudian, anak saya dibedah dan kini beransur pulih. Tetapi, pernafasan masih lagi tidak stabil,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Lepar, di sini, semalam.

Katanya, dia dan suami, Amir Ibrahim, 35, baru dapat memegang anaknya minggu lalu selepas hampir dua bulan dilahirkan berikutan doktor tidak membenarka­n mereka memegangny­a kerana bimbang berlaku jangkitan kuman terhadap bayi itu.

“Saya bersyukur keadaannya kini semakin baik selepas menjalani pembedahan,” katanya.

Ana Lissa Shakila berkata, dia tidak dapat menerima kenyataan ketika mendapat tahu masalah dihadapi anaknya itu pada peringkat awal.

“Memang mula-mula saya tidak dapat menerima kenyataan dan sedih dengan dugaan yang menimpa anak saya, namun lama-kelamaan saya dapat terima,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurk­an sumbangan boleh berbuat demkian melalui akaun Maybank 1562351356­84 atas nama Amir Ibrahim atau menghubung­i 010-5725990.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia