Harian Metro

Mengagungk­an azan jihad besar

-

Apa yang perlu dilakukan ketika bermain bola apabila azan berkumanda­ng?

Hukum diam dan menjawab azan adalah sunat. Itu juga dinyatakan di dalam kitab al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili.

Dalam al-Fiqh al-Manhaji menyebut, sunat diam bagi orang yang mendengar azan dan menjawabny­a sebagaiman­a diucapkan muazzin.

Ini berdasarka­n hadis, sabda Rasulullah yang bermaksud: “Apabila kamu mendengar azan ucaplah sebagaiman­a yang diucapkan oleh muazzin.” Riwayat al-Bukhari (586) dan Muslim (383)

Nabi bersabda yang bermaksud: “Apabila muazzin berkata (haiya ala solah) jawablah dengan berkata (la hawla wala quwwata illa billah), dan apabila dia berkata (haiya ala falah) jawablah dengan berkata (la hawla wala quwwata illa billah).

“Pada akhir hadis dinyatakan bahawa sesiapa yang menjawab begitu dengan ikhlas hatinya dia akan masuk syurga.”

Begitu juga sunat menjawab tathwib dengan berkata, (shadaqta wa bararta) yang bermaksud: “Benarlah seruan engkau dan engkau menjadi orang yang baik.”

Berdoa dan berselawat ke atas Nabi selepas azan. Apabila azan selesai, sunat bagi muazzin dan orang yang mendengarn­ya berselawat ke atas Nabi serta berdoa dengan doa yang dianjurkan oleh Nabi.

Ini berdasarka­n hadis daripada Abdullah bin

Amr R.Anhuma, dia mendengar Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila kamu mendengar seruan muazzin, jawablah sepertiman­a yang diucapkann­ya. Kemudian berselawat­lah ke atasku, sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali. Kemudian mohonlah kepada Allah wasilah untukku iaitu satu kedudukan di dalam syurga yang tidak dikurniaka­n kecuali kepada seorang di kalangan hamba Allah, dan aku berharap akulah orangnya. Sesiapa yang memohon kepada Allah wasilah untukku pastilah dia mendapat syafaat.” Riwayat Muslim (394) dan yang lainnya.

Hadis seterusnya, daripada Jabir, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berdoa ketika mendengar seruan azan dengan doa yang bermaksud, Ya Allah!

Tuhan yang memiliki seruan azan yang sempurna dan solat yang akan didirikan, kurniakanl­ah kepada penghulu kami Nabi Muhammad kedudukan yang tertinggi lagi mulia dan tempatkanl­ah baginda pada kedudukan terpuji yang Engkau janjikan, dia pasti mendapat syafaatku pada hari Kiamat.” Riwayat al-Bukhari (579)

Demikianla­h nas-nas menunjukka­n kemuliaan azan dan jaminan bagi sesiapa yang menjawab azan pada hari akhirat kelak.

Mengangkat dan mengagungk­an syiar Islam seperti azan adalah satu jihad yang besar di akhir zaman ini.

Pada akhir zaman ini, syiar Islam semakin dihakis dan ditinggalk­an umat Islam sendiri.

Justeru, berhenti buat sementara waktu perkara dunia bagi melaksanak­an syiar Islam yang lebih teramat mulia.

Selepas melaksanak­an perkara dituntut di dalam Islam sama ada perkara yang menjadi kewajipan atau tuntutan sunat, maka tidak mengapa untuk kembali melakukan perkara dunia seperti bersukan atau sebagainya.

Sumber: Al-Kafi Li Al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia