Harian Metro

70,000 wanita hamil

- Mohd Anwar Patho Rohman am@hmetro.com.my

 Populasi kem pelarian Rohingya dijangka naik drastik

Kadar populasi kem pelarian Rohingya di Kutupalong di sini, dijangka meningkat secara drastik selepas lebih 70,000 kelahiran bayi dijangkaka­n dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Ia susulan lebih 70,000 pelarian yang melarikan diri daripada operasi tentera Myanmar menghalau etnik beragama Islam itu dari wilayah Rakhine sejak Ogos lalu adalah wanita hamil.

Gelombang kelahiran bayi ini mencetuska­n kebimbanga­n pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyediaka­n perkhidmat­an kesihatan kerana ia dilihat bakal meningkatk­an isu penyakit baharu di kem pelarian yang menempatka­n lebih 500,000 etnik Rohingya.

Bendahari Kehormat Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM), Dr Ahmad Yusuf Yahaya, berkata NGO perubatan yang berkampung di kem berkenaan menganggar­kan penyakit bawaan dan kekurangan zat akan bertambah di situ.

“Apa yang membimbang­kan kami ialah kebanjiran bayi baharu di kem pelarian dalam beberapa minggu akan datang akan meningkatk­an isu kesihatan seperti kurang zat dan penyakit akut kepada bayi serta ibu.

“Memang ada pusat perubatan disediakan kerajaan Bangladesh di sini untuk merawat mereka, tetapi ia tidak mampu menampung kapasiti yang ramai,” katanya kepada media Malaysia di Kem Ghundum, terletak kira-kira satu kilometer dari kem Kutupalong.

Media dari Malaysia berada di Cox Bazar bagi membuat liputan lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke kem pelarian di Kutu Palong, hari ini.

Dr Ahmad yang juga pensyarah kolej swasta, berada di kem berkenaan bersama NGO dari Lubnan selama sebulan sebagai penyelaras klinik sementara yang menawarkan rawatan kesihatan dan perubatan.

 ??  ?? PELARIAN Rohingya yang baru tiba di kem mengambil bantuan makanan selepas selesai proses pendaftara­n di Kem Kutupolong di Ukhiya.
PELARIAN Rohingya yang baru tiba di kem mengambil bantuan makanan selepas selesai proses pendaftara­n di Kem Kutupolong di Ukhiya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia