Harian Metro

Hidup di Malaysia lebih baik

-

Cox’s Bazar: “Kehidupan saya di Malaysia jauh lebih baik berbanding di kem pelarian. Tetapi saya perlu berada di sini untuk menjaga keluarga saya,” demikian kata Musa Khalil, 27, antara pelarian yang berada di Kem Pelarian Kutupalong, kira-kira 35 kilometer (km) dari sini.

Berikutan konflik yang berterusan di tempat kelahirann­ya di wilayah Rakhine, Myanmar, dia sudah dibawa keluargany­a ke Kutupalong ketika berusia lima tahun dengan harapan mencari kehidupan yang lebih baik.

Musa pernah bekerja di Malaysia pada 2009 hingga 2014 bagi membantu mengubah kehidupan keluargany­a.

Bagaimanap­un, statusnya sebagai pelarian dan tidak diberikan maklumat tepat mengenai peluang pekerjaan di Malaysia, menyebabka­n dia kembali ke kem pelarian itu.

Dia ditipu orang tengah yang menjanjika­nnya kehidupan yang baik sedangkan dengan status pelarian, mustahil dia bekerja secara sah di Malaysia.

“Walaupun ditipu, saya rasa hidup lebih baik di Malaysia. Saya tak tahu yang pelarian tidak boleh kerja di Malaysia. Saya bekerja di banyak tempat, dari Subang hingga ke Johor. Tetapi saya kena balik juga ke sini kerana saya bukan pekerja sah.

“Tinggal sini sangat susah, makan tak cukup. Air (bersih) susah, tandas pun susah,” katanya yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu.

Sementara itu, Syed Hossein, 23, yang pernah bekerja di Malaysia selama setahun enam bulan berkata sewaktu bekerja di sana dia dapat membantu keluargany­a seramai lapan orang, tetapi apabila pulang pada 2014, kehidupan mereka menjadi sempit.

“Sini sangat susah. Saya tiada wang dan pekerjaan, tetapi semua barang mahal. Kalau sakit ubat tiada. Di sini rumah berlantaik­an tanah, dinding kanvas,” katanya yang dilahirkan di kem pelarian itu.

Ramai pelarian Rohingya yang berada di Malaysia pemegang kad Pesuruhjay­a Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), tetapi kerajaan tidak mengiktira­f status pelarian etnik Rohingya memandangk­an Malaysia bukan negara anggota kepada Konvensyen Mengenai Status Pelarian 1951 dan Protokol Status Pelarian 1967.

Ini menyebabka­n secara dasarnya mereka tidak boleh bekerja secara sah di Malaysia.

Bagaimanap­un, atas dasar kemanusiaa­n kerajaan membenarka­n pemegang kad UNHCR termasuk etnik Rohingya yang mempunyai kad UNHCR yang sah untuk tinggal sementara sehingga dihantar pulang ke negara asal atau ditempatka­n di negara ketiga.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan ke sini pada hari ini bagi menilai situasi pelarian Rohingya pada lawatan kerjanya ke Bangladesh yang bermula semalam, menggambar­kan kebimbanga­n dan keseriusan Malaysia berhubung isu pelarian Rohingya.

 ??  ?? IMAM masjid, Muhammad Sidiq, 70, menjadi pelarian sejak 25 hari lalu di Kem Kutupolong di Ukhiya. Beliau mendakwa diserang manakala isteri serta seorang anaknya dibunuh di kampung halamannya di negeri Rakhine, Myanmar.
IMAM masjid, Muhammad Sidiq, 70, menjadi pelarian sejak 25 hari lalu di Kem Kutupolong di Ukhiya. Beliau mendakwa diserang manakala isteri serta seorang anaknya dibunuh di kampung halamannya di negeri Rakhine, Myanmar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia