Harian Metro

Tidak tamak terima tawaran

- DARI MUKA R23

“Mungkinker­anadramaya­ng dilakonkan banyak membabitka­n projek bersiri yang panjang dan mengambil masa lama hingga orang menyangka saya menyepi,” katanya.

Janna ditemui pada majlis pelancaran produk kecantikan Cassandra Beauty Dust dan pelantikan­nya sebagai duta.

Mengenai drama Coffee Prince, Janna turut terbabit menyanyika­n lagu tema drama bersiri itu yang akan ditayangka­n tidak lama lagi.

Tidak hanya satu, tetapi dua lagu apabila satu lagu dia akan berduet dengan pelakon Alvin Chong.

Menurut Janna, single solo itu adalah single keduanya selepas lagu Mungkin Saja.

“Single kedua saya ini akan menjadi lagu tema untuk drama bersiri Coffee Prince begitu juga dengan single duet bersama Alvin.

“Namun begitu, kedua-dua lagu ini belum ada judulnya, tetapi ia akan dilancarka­n serentak pada November depan. Pemilihan Alvin berduet dengan saya pula diputuskan pengarah Michael Ang dan komposer lagu berkenaan iaitu Hael Husaini.

Mengulas pembabitan­nya sebagai duta pula, kata Janna, tidak dinafikan banyak tawaran diterima, namun dia tidak tamak untuk merebut semuanya.

Sebaliknya tawaran yang diterima perlu sesuai dengan dirinya kerana sebelum menjadi duta sesuatu produk dia terlebih dulu akan mencuba produk berkenaan.

“Saya tidak tamak untuk ambil semua tawaran. Jika tidak sesuai dengan diri ini atau ada persamaan dengan produk yang saya sendiri jual, saya akan menolaknya.

“Banyak juga tawaran menjadi duta produk yang saya terpaksa tolak kerana tidak bersesuaia­n dengan diri selain komitmen masa,” katanya. Syanty Octavia Amry

Janna turut nyanyi lagu tema Coffee Prince, satu daripadany­a duet dengan Alvin Chong

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia