Harian Metro

Gilap bakat pelukis muda

-

bersejarah atau menonjolka­n ‘permata’ tersembuny­i yang dapat menarik pelancong ke kawasan Seberang Prai.

“Selain menawarkan hadiah menarik, kredit wajar diberikan kepada pemenang dan sekolah berikutan lukisan mereka akan dipilih untuk diubah menjadi barang dagangan seperti kalendar, beg bukan tenunan dan banyak lagi,” katanya.

Turut hadir, Ketua

Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Ismail Mohd Said.

Siti Fatimah berkata, pertanding­an itu dibahagika­n kepada dua kategori iaitu rendah menengah (13-15 tahun) dengan 35 penyertaan dan menengah atas (16-17 tahun) dengan 75 penyertaan disokong JPN.

Kategori menengah atas dimenangi Khaw Yan Rou, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Jaya sementara Peh Ke

Ying, 15, dari SMK Taman Perwira bagi kategori rendah menengah.

“Setiap kategori menawarkan lima hadiah utama iaitu pakej tiga hari dua malam (Family Suite) dengan sarapan untuk tiga orang bernilai RM1,650, dua hari satu malam (Family Room) dengan sarapan untuk tiga orang bernilai RM1,290.

“Selain itu, penginapan dua hari satu malam (Deluxe Room) dengan sarapan untuk dua orang bernilai RM870, dua hari satu malam (Superior Room) dengan sarapan untuk dua orang bernilai RM760 dan baucar makanan untuk dua orang di Spice Brasserie bernilai RM150,” katanya.

Siti berkata, lima peserta dari setiap kategori diiktiraf sebagai pemenang selepas dinilai berdasarka­n keaslian, kreativiti dan kaitan dengan tema.

 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta yang mengambil bahagian.
SEBAHAGIAN peserta yang mengambil bahagian.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia