Harian Metro

Bantu belia dapat SKM

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Seramai 25 pelajar menerima surat tawaran menjalani latihan secara Sistem

Latihan Dua Nasional (SLDN) dalam jurusan jahitan yang dianjurkan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak Kuala Kubu Bharu dengan kerjasama Persatuan Alumni Institusi Latihan Kementeria­n Belia dan Sukan Malaysia (ILKBS) dan pihak Industri Esquel Pulau Pinang.

SLDN membolehka­n peserta menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2.

Timbalan Pengarah

Hal Ehwal Pelajar IKBN Peretak Suraya Sulaiman ketika ditemui berkata, KBS membuka ruang dan peluang kepada Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) supaya menganjurk­an program SLDN ini selain daripada kursus sepenuh masa.

“IKBN Peretak bekerjasam­a dengan Persatuan Alumni Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) untuk membantu mendapatka­n pelajar mengikuti program ini,” katanya.

Dalam pada itu Pegawai Unit Hubungan Industri BPKB KBS S Sivaraja berkata, program itu memberi peluang kepada lebih ramai kalangan belia mendapatka­n SKM malah membantu mereka untuk terus bekerja selepas menamatkan pengajian kelak.

“Pengambila­n seramai 25 peserta untuk sesi kedua pula bakal diteruskan dan ditempatka­n di IKBN Tanah Merah Kelantan pada bulan ini. Mereka akan bekerja atau menjalani latihan di negeri berkenaan,” katanya.

Sementara Presiden Persatuan Alumni ILKBS Samsudin Oli Mohamed berharap lebih ramai belia di negara ini akan merebut peluang untuk mendapatka­n SKM melalui SLDN yang ditawarkan.

“Dijangka 1,000 tempat ditawarkan untuk pelajar memohon SKM tahap 2 dalam jurusan jahitan ini,” katanya.

Samsudin menambah, mereka yang menyertai SLDN ini akan menjalani latihan teori selama sebulan di IKBN dan menjalani latihan industri selama tujuh bulan dengan gaji RM1,000 selain faedah KWSP, PERKESO dan elaun lain di Esquel Malaysia Pulau Pinang dan Kelantan.

Perintis yang berjaya dalam penilaian dan memenuhi syarat yang ditetapkan bakal dianugerah­kan SKM Tahap 2, 3, DKM atau DLKM Jabatan Pembanguna­n kemahiran berasaskan program yang diikuti.

 ??  ?? SEBAHAGIAN Pelajar yang menerima tawaran SLDN.
SEBAHAGIAN Pelajar yang menerima tawaran SLDN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia