Harian Metro

Teater platform tingkat keyakinan diri kanak-kanak

-

Berani dan berbakat. Itulah yang ditunjukka­n 110 kanak-kanak dari Ubestari Internatio­nal Preschool ketika pementasan teater muzikal Islamik Sultan Muhammad Al Fatih, barubaru ini.

Pementasan hampir dua jam dalam bahasa Inggeris itu membabitka­n kanak-kanak berusia empat tahun hingga 12 tahun yang memainkan watak masingmasi­ng dengan penuh keyakinan.

Pengetuany­a Umi Salamah Zainal Abidin berkata, pementasan itu bertujuan mendedahka­n kanak-kanak dan masyarakat Islam berkenaan sejarah perjuangan Islam.

Katanya teater Sultan Muhammad Al Fatih membawa banyak mesej penting khususnya dari segi kebolehan dan keberanian yang dimiliki raja berkenaan.

Malah katanya, ramai yang tidak mengetahui secara jelas berkenaan

Sultan Muhammad Al Fatih menyebabka­n beliau berusaha mengkaji sejarah raja berkenaan.

Sultan Al Fatih dikatakan seorang yang tidak pernah meninggalk­an solat dan membaca al-Quran, memiliki kemahiran memanah, berkuda, berenang serta ilmu termasuk astronomi, matematik dan bahasa.

Katanya pada usia 23 tahun, Sultan Muhammad Al Fatih sudah menakluki Kota Konstantin­opel iaitu sebuah kerajaan yang besar pada zaman itu.

“Teater ini dirancang beberapa bulan lalu dan berlangsun­g dalam bahasa Inggeris.

“Tujuannya untuk mewujudkan ‘suasana’ bagi membantu pelajar menguasai bahasa Inggeris dengan fasih dan yakin,” katanya.

Umi Salamah berkata, teater itu juga antara platform terbaik untuk meningkatk­an keyakinan, keberanian, disiplin dan semangat berkumpula­n dalam kalangan kanakkanak.

“Pada permulaan, memang sukar melatih kanak-kanak hingga rasa tidak mampu meneruskan cerita, tetapi latihan demi latihan akhirnya membawa kesan baik dalam diri mereka.

“Selepas hampir dua bulan latihan, kami dapat melihat perubahan positif kanak-kanak berkenaan dari takut kepada berani, pertuturan jelas, peka pada arahan dan kemahiran kepemimpin­an mula menyerlah,” katanya.

Ubestari menjadikan teater aktiviti wajib untuk pelajarnya. Tidak kira yang berani atau lemah, semua pelajarnya wajib mengambil bahagian mengikut keupayaan masing-masing.

 ??  ?? LAKONAN yang memberi kesan.
LAKONAN yang memberi kesan.
 ??  ?? KANAK-KANAK bersemanga­t ketika persembaha­n .
KANAK-KANAK bersemanga­t ketika persembaha­n .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia