Harian Metro

Azam Speedy Jantan

Khairul Hafiz janji beri persembaha­n terbaik pada kejohanan akan datang

- Fatin Farhana Japre gen.y@hmetro.com.my

Selepas penantian selama 16 tahun, pelari pecut, Khairul Hafiz Jantan,

19, ‚menggempar­kan‘ negara apabila meraih pingat emas acara 100 meter (m) sekali gus dinobat menjadi Raja Pecut Asia Tenggara pada temasya Sukan SEA KL pada Ogos lalu.

Meskipun masih muda, Khairul membuktika­n kerja keras perlu seiring dengan niat untuk berjaya dalam apa jua perkara.

Kejayaan itu menyebabka­n nama anak kelahiran Melaka ini mula meniti dari bibir ke bibir serta menjadi inspirasi anak muda yang bercita-cita menjadi atlet olahraga negara.

Mencungkil kisah pembabitan­nya menerusi sukan ini, Khairul berkata, dia aktif bermain bola sepak sejak sekolah rendah namun minatnya mula beralih arah pada usia 15 tahun.

“Ketika itu, beberapa guru saya di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru mencari individu yang berpotensi dalam sukan olahraga untuk mewakili daerah.

“Jadi saya mencuba nasib dan tidak sangka dipilih mewakili daerah bagi acara 100m dan 200m.

“Lebih teruja, saya mampu meraih emas walaupun pertama kali beraksi di balapan menyebabka­n bakat saya dilihat jurulatih, Mohd Poad Md Kassim.

“Tanpa mengikuti ujian kecergasan dan kelayakan masa, saya dipanggil menjalani latihan di Sekolah

Menengah Kebangsaan Seri Kota dengan bimbingan jurulatih Hafiz selama empat bulan.

“Selepas empat bulan latihan, saya dihantar mewakili Melaka pada temasya Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM), Kedah dan menduduki tangga lima terbaik dalam acara 200m.

“Tidak lama selepas itu, saya ditawarkan pula ke tingkatan empat di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail dan mula menjalani latihan di bawah bimbingan jurulatih Mohd Poad Md Kassim,“katanya.

Menurutnya, sejak berpindah sekolah jadualnya lebih padat kerana sentiasa fokus berlatih bagi acara

100m dan 200m untuk memberi persembaha­n terbaik di kejohanan seterusnya.

“Setiap hari saya menjalani latihan tanpa gagal dan tidak pulang ke Melaka selama dua tahun.

“Saya dihantar menyertai banyak pertanding­an untuk memantapka­n teknik larian.

“Saya juga tidak mengeluh berkorban masa dan tenaga dengan menjalani latihan di dalam atau luar negara kerana percaya setiap usaha pasti hasilkan kejayaan,“katanya.

Penat lelahnya berbaloi apabila diberi kepercayaa­n buat kali pertama untuk beraksi di Sukan Malaysia (SUKMA), Sarawak 2016 dan memberi kejutan luar biasa kepada negara.

Amat membanggak­an, Khairul berjaya memecahkan rekod 100m

10.30 saat milik Watson Nyambek dengan catatan masa baharu iaitu 10.18 saat pada usia 18 tahun.

Anak kedua daripada tiga beradik ini bukan saja berjaya mencipta rekod kebangsaan 100m malah memecahkan rekod kejohanan acara 200m dengan catatan masa 21.14 saat di pusingan separuh akhir mengatasi rekod 14 tahun milik bekas pelari pecut negara berasal dari Terengganu, Nazmizan Muhammad iaitu 21.33 saat yang dilakukan di SUKMA Sabah 2002.

Namanya semakin melambung apabila sekali lagi mengukir kejayaan di Sukan SEA KL 2017 menerusi acara 100m.

Ketika ditanya perasaanny­a dinobat menjadi Raja Pecut Asia Tenggara, Khairul berkata, dia sangat bersyukur dan berterima kasih dengan Mohd Poad, keluarga, rakan seperjuang­an dan penyokongn­ya yang sentiasa menjadi tulang belakangny­a dalam apa jua situasi.

“Kejayaan ini tidak mungkin tercipta tanpa mereka semua.

“Jadi saya akan berlatih lebih kuat lagi dan cuba memberi persembaha­n terbaik di kejohanan akan datang,“katanya yang bercita-cita menjadi anggota polis.

Menyentuh mengenai kekalahann­ya dalam acara 200m Sukan SEA KL, Khairul berkata, dia hanya mampu berada di kedudukan keempat kerana mengalami kecederaan.

“Oleh sebab itu, hasrat untuk beraksi bersama kuartet 4x100m juga terpaksa dilupakan atas nasihat jurulatih.

“Kecederaan kaki saya tidak serius namun saya perlu rehat secukupnya untuk proses pemulihan.

“Malah sebelum pulang ke Johor, saya sudah melakukan fisioterap­i di Institut Sukan Negara.

“Bagaimanap­un, pengalaman itu mematangka­n saya dan belajar memperbaik­i kesilapan pada masa akan datang,“katanya yang dikenali Speedy Jantan.

Khairul berkata, dia berazam melayakkan diri untuk beraksi pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.

“Setakat ini saya mahu layak beraksi terlebih dahulu sebelum menetapkan sebarang sasaran.

“Perjalanan latihan dan persiapan diserahkan sepenuhnya kepada jurulatih Mohd Poad untuk misi ini.

“Jika saya layak bertanding, saya akan lakukan yang terbaik dan mengukir nama negara di peringkat dunia.

“Teruskan menyokong dan mendoakan kejayaan saya,“katanya yang masih menuntut di peringkat praunivers­iti di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Johor.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia