Harian Metro

Latih lebih 100,000 peserta

- DARI MUKA H53

Gaya percakapan­nya lemah lembut dan ada kalanya kedengaran tegas. Namun, siapa sangka pemilik wajah yang sentiasa tersenyum manis ini dulunya memasang cita-cita menjadi pendidik.

Tidak hairanlah jika dia memiliki semua ciri di atas kerana Bkay sememangny­a mempunyai karier cemerlang sebagai perunding imej bertauliah dan sudah melatih lebih 100,000 peserta daripada pelbagai sektor, termasuk awam dan korporat.

TURUTI NASIHAT BAPA

“Ketika di bangku sekolah, saya bercita-cita menjadi guru. Namun, disebabkan kebanyakan keluarga kami ramai yang menjadi pendidik, ayah ingin melihat saya menjadi peguam.

“Saya turuti nasihat dan kehendak ayah. Akhirnya, saya berjaya menamatkan pengajian dalam bidang undang-undang dan bergelar peguam selama tiga tahun.

“Ketika berada dalam tempoh pengajian di universiti awam, saya mencari pendapatan dengan menjadi model separuh masa dan ia masih diteruskan hingga ke hari ini,” katanya.

Jelasnya, ketika masih bertugas sebagai peguam, dia sangat menjaga penampilan hinggakan ada rakan yang memintanya untuk berkongsi panduan berguna bagi mengubah gaya mereka menjadi lebih baik.

Sejak dari itu, Bkay mula menyimpan angan-angan untuk menjadi perunding imej. Dia mendaftar untuk mengambil sijil dalam bidang imej profesiona­l (CBIP) di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) bagi meraih cita-cita barunya. Pada masa sama, wanita ini turut berjinak-jinak menyertai pertanding­an ratu cantik dan pernah mendapat tawaran berlakon.

Disebabkan keinginan untuk menjadi perunding imej begitu menebal, Bkay akhirnya nekad berhenti daripada kerjayanya sebagai pengamal undang-undang.

Tanpa jemu menimba ilmu, Bkay mengecap hasil usaha sebagai jurulatih bertauliah dalam Accelerate­d Learning in Action Programme (ALIA).

“Saya suka bercakap dan berminat untuk melihat perubahan seseorang itu menjadi lebih baik, bukan daripada imej saja, tetapi membabitka­n kemahiran berkomunik­asi.

“Bagi memberi sepenuh tumpuan terhadap pembanguna­n manusia, saya membabitka­n diri secara sepenuh masa mengendali­kan latihan kepada syarikat korporat pada 2012.

“Ketika itu, saya juga menjadi pensyarah sambilan di Universiti Nilai untuk meluaskan ilmu, sekali gus meningkatk­an kemahiran berkomunik­asi,” katanya.

Jelasnya, syarikat yang ditubuhkan mempunyai kepakaran dalam bidang perunding imej profesiona­l dan etika perniagaan, terutama jika membabitka­n latihan kepada syarikat korporat.

Usaha gigih Bkay selama ini akhirnya terbayar lumayan dengan penerimaan anugerah The Golden Phoenix. Wanita anggun ini dipilih sebagai peniaga wanita berjaya 2017 dalam bidang latihan dan pembanguna­n.

Satu kualiti menarik pada wanita ini yang jarang ditonjolka­n kepada umum adalah sikapnya yang dermawan. Bkay banyak membabitka­n diri dalam pelbagai majlis dan program khidmat sosial untuk wanita serta kanak-kanak yang memerlukan menerusi Soroptimis­t Internatio­nal Ampang dan Hari Hijab Sedunia (World Hijab Day Internatio­nal).

“Saya juga banyak membuat seminar kepada orang awam dan bengkel di depan lebih 100 peserta korporat.

“Selain itu, ada juga bengkel cara berjalan di pentas peragaan kepada bakal model dan model sedia ada, selain rundingan secara perseorang­an kepada eksekutif, profesiona­l dan sebagainya,” katanya.

Namun, bukan mudah untuk dia memastikan semua peserta mampu memberi perhatian sepenuhnya ketika di dalam kelas. Bkay perlu memikirkan kaedah lebih menarik, seiring perubahan semasa.

Setiap sesi, Bkay akan berjumpa pelbagai jenis orang dan jantina berlainan. Oleh itu, dia perlu berfikir secara kreatif dan bermain dengan minda untuk mencari kaedah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia