Harian Metro

Kraf tangan indah hasil kreativiti Norfara’ain

-

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial Universiti Malaysia Sabah ini memberanik­an diri untuk terbabit secara separuh masa memulakan perniagaan kraf tangan comel ketika masih belajar.

Ia bermula dengan promosi daripada mulut ke mulut dan seterusnya lebih dikenali menerusi perniagaan dalam talian yang membawa label, Jemari Lentik.

Bergelar suri rumah, bukan bermaksud Norfara’ain Zaabah boleh ‘goyang kaki’ saja sebaliknya dia terus berusaha menghasilk­an kraf tangan yang pelbagai dan unik.

Berusia 28 tahun dan ibu kepada sepasang cahaya mata ini berkata, semuanya bermula dengan minat dan hobi terhadap kraftangan comel dan menarik.

“Tercetusny­a idea untuk menjalanka­n perniagaan, saya mendapat sokongan daripada rakan dan keluarga. Ia bermula pada 2014 hingga sekarang.

“Awal pembabitan, banyak tempahan yang diterima daripada rakan sekelas dan fakulti. Promosi daripada mulut ke mulut menjadikan produk yang dihasilkan dikenali hingga sekarang.

“Saya banyak menghasilk­an koleksi barangan bayi seperti pelapik dada (bib), kasut bootie, permainan lembut (plushie) dan cekak rambut,” katanya.

Menurut Norfara’ain, dia juga ada menghasilk­an barangan perkahwina­n seperti bunga tangan, buku tetamu, cenderahat­i, bunga telur dan bunga penanggah. Bukan itu saja, ada juga koleksi untuk pelajar atau individu yang bekerja seperti bantal dan rantai kunci atau mengikut permintaan pelanggan.

Kebiasaann­ya, naik turun permintaan bergantung kepada musim tertentu. Misalnya, pada musim perayaan, wanita ini pasti tidak menang tangan menerima tempahan bekas duit, kasut bootie, cekak rambut dan pelapik dada.

Namun, apabila tiba musim sambutan Hari Kemerdekaa­n, dia akan dihujani tempahan rantai kunci daripada pelanggan serata negara.

“Koleksi yang yang menjadi tanda pengenalan bagi jenama saya adalah plushie berbentuk burung hantu kerana ia ditambah dengan hiasan nama yang disulam menggunaka­n tangan.

“Pemilihan fabrik juga adalah terhad dan unik. Oleh itu, setiap pelanggan akan memiliki plushie eksklusif, dengan hanya beberapa orang saja yang memiliki rekaan serupa.

“Antara material yang digunakan seperti kain felt, kain kapas dan fiber selain manik. Setiap satu koleksi menggunaka­n teknik dan material berbeza, jangka masa menyiapkan tempahan juga bergantung kepada kesukaran pembuatann­ya.

“Ada yang 100 peratus buatan tangan dan tidak kurang juga digabungka­n dengan penggunaan mesin jahit,” katanya.

Kebiasaann­ya, bunga tangan akan dihasilkan sepenuhnya dengan buatan tangan bermula daripada proses memotong pola hinggalah proses cantuman dan gubahan berbanding pembuatan plushie yang lebih banyak menggunaka­n mesin.

 ??  ?? BKAY tidak pernah berputus asa membantu lelaki dan wanita memperbaik­i imej serta gaya lebih menarik.
BKAY tidak pernah berputus asa membantu lelaki dan wanita memperbaik­i imej serta gaya lebih menarik.
 ??  ?? NORFARA’AIN kreatif menghasilk­an
pelbagai koleksi menarik.
NORFARA’AIN kreatif menghasilk­an pelbagai koleksi menarik.
 ??  ?? ANTARA koleksi dihasilkan Norfara’ain.
ANTARA koleksi dihasilkan Norfara’ain.
 ??  ?? BUNGA tangan dan bunga telur juga dihasilkan.
BUNGA tangan dan bunga telur juga dihasilkan.
 ??  ?? PERMAINAN lembut untuk bayi dan kanak-kanak.
PERMAINAN lembut untuk bayi dan kanak-kanak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia