Harian Metro

Wang untuk kebajikan

-

Juara CGM2 mahu mulakan projek kemanusiaa­n dengan wang kemenangan RM100,000

Seperti sudah dijangka, gadis kelahiran Perak,

Sara dinobatkan juara Clever Girl Malaysia musim kedua (CGM2) dan membawa pulang wang tunai RM100,000 selepas menewaskan tiga peserta lain, Jumaat lalu.

Sara atau nama penuhnya, Sara Amelia Muhammad Bernard,

25, mendapat markah tertinggi pada empat pusingan cabaran, sekali gus mengatasi Shazana dari Selangor, Fadila (Negeri Sembilan) dan Hani (Perlis).

Terdahulu, Sara yang juga lulusan Asasi Psikologi Ekonomi dan Matematik bersama tiga finalis berkenaan menewaskan sembilan peserta lain iaitu Mas (Wilayah Persekutua­n), Alia (Melaka), Ain

(Pahang), Ika (Sabah), Visha (Johor), dan Iylia (Kedah), Emyllia (Terengganu), Shaza (Kelantan) dan Camy (Sarawak) untuk layak ke final.

Menurut Sara, dia sendiri tidak sangka usaha kerasnya membuahkan hasil dan bersyukur kemenangan berpihak kepadanya.

“Pentas ini bukan membuktika­n untuk tunjuk bijak sematamata. Sebaliknya banyak aspek menjadi faktor untuk mencapai tahap ini dan saya gunakan segala pembelajar­an sepanjang beberapa minggu sebagai bekalan.

“Tidak dinafikan, saya sangat gementar, namun apabila melihat ahli keluarga dan penyokong yang hadir, saya terus semangat. Apa yang saya lakukan adalah memberikan fokus kepada setiap soalan dan memilih jawapan tepat,” katanya.

Berkongsi mengenai kemenangan itu,

Sara berhasrat mahu menggunaka­n duit berkenaan untuk memulakan projek kemanusiaa­n.

“Bukan sekadar menyalurka­n dana kepada organisasi, sebaliknya saya mahu gunakan duit itu untuk projek seperti meningkatk­an kesedaran terhadap isu golongan wanita. Saya ingin berbakti kepada masyarakat dengan memulakan projek yang berterusan sampai bilabila,” katanya.

Pada saingan pusingan terakhir, Sara disaingi hebat oleh Fadila atau nama penuhnya, Fadila Zuraida Mohd Nor, 25, yang akhirnya sekadar mendapat tempat kedua dan membawa pulang wang tunai RM10,000.

Final CGM yang siarkan secara langsung menerusi TV3 dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, menyaksika­n Shazana meraih markah terendah pada pusingan pertama dan tersingkir serta-merta.

Dua finalis yang mencatat markah rendah di pusingan kedua bertarung di pusingan ketiga dalam cabaran fizikal dengan pemenang mara ke pusingan akhir.

Terdahulu program CGM2 yang dihoskan Alif Satar itu menampilka­n 13 peserta dari 13 negeri dan hanya empat peserta layak ke pusingan akhir selepas sembilan minggu berentap.

Lebih istimewa,

Datuk Jalaluddin Hassan turut membuat kejutan sebagai pengacara pada pusingan kedua dan ketiga. Penampilan bekas pengacara Who Wants to Be a Millionair­e Malaysia itu jelas menghangat­kan lagi suasana.

Meski pelbagai reaksi dizahirkan terhadap program realiti Clever Girl Malaysia (CGM) musim kedua baru-baru ini,

 ??  ?? SARA bersama trofi
kemenangan­nya.
SARA bersama trofi kemenangan­nya.
 ??  ?? FADILA berpuas hati di tempat
kedua.
FADILA berpuas hati di tempat kedua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia