Harian Metro

Belum terfikir cari pengganti

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Issey kini sibuk urus ibu hidap penyakit kencing manis kronik

Pelawak dan penyampai radio Hot FM, Issey mengakui belum terfikir mencari pengganti selepas bercerai tahun lalu.

Menurut Issey atau nama sebenarnya, Fazlisham

Mat Hussin, 30, kesibukan kerjaya membuatkan dia lupa seketika soal pasangan hidup.

Bagaimanap­un,

Issey mengakui, sejak kembali hidup solo, dia rindu dengan kehidupan berumah tangga.

“Kesibukan kerjaya membuatkan saya lupa semua masalah lalu. Pada masa sama, saya kini sibuk menjaga ibu yang mengalami penyakit kencing manis tahap kronik. Jadi, masa saya banyak dihabiskan untuk keluarga dan bisnes kafe yang diusahakan.

“Bagi saya, dengan cara ini saya dapat menghilang­kan kedukaan apabila berasa sunyi. Tipulah kalau saya kata tidak sunyi, saya pernah ada isteri yang menyediaka­n pakaian, makan dan minum sebelum ini,” katanya.

Issey berkata, buat masa ini dia belum menemui calon isteri yang sesuai serta tidak pernah mengehadka­n tempoh akan berkahwin.

“Saya masih solo dan belum temui kekasih hati, tapi tidak dinafikan berkawan dengan ramai wanita.

“Namun saya akui sedikit terganggu dan tertekan apabila melihat rakan sebaya mendirikan rumah tangga.

“Desakan rakan yang bertanya bilakah mahu berkahwin turut sedikit sebanyak memberi tekanan kepada saya,” katanya.

Sementara itu, Issey akui teruja apabila rakan gandingann­ya, Ammar kembali bertugas di konti selepas digantung tugas hampir enam bulan.

Sebelum ini, Ammar digantung tugas berikutan isu membabitka­n bekas pelari pecut negara, Watson

Nyambek yang berang dengan tindakanny­a mempersend­akan nama mendiang ayahnya sewaktu mengendali­kan program Sukan Tak Sentral bersama Marsha.

Kata Issey, sejak Ammar kembali bertugas, dia dan Deen antara individu yang merindui kelatah serta gelak tawanya.

“Apabila ke udara bertiga ia menjadi pelengkap kepada segmen kami.

“Ketiadaan Ammar ibarat satu kehilangan apabila saya dan Deen perlu berganding­an berdua. Namun, apabila Ammar kembali, saya berasa lega dan mahu mengembali­kan momentum yang sudah lama hilang.

“Bagaimanap­un, banyak latihan dan perancanga­n perlu dilakukan memandangk­an kami sudah lama tidak ke udara bersama. Selalunya kami akan berbincang sebelum ke udara,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia