Harian Metro

PERTARUH BAKAT BARU

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Drama mini bersiri

Mata Cinta bukan saja mengambil inspirasi daripada siri popular Korea, sekali gus daya tarikan terbaru drama digital di platform Gempak.

Lebih menarik, drama komedi ringan 10 episod arahan Shazreen Fazlynda ini menampilka­n gandingan pelakon berdarah kacukan iaitu Juliana Evans dan bintang baru, Julien Buteau selaku teraju utama.

Barisan pelakon yang turut memantapka­n drama ini ialah Dynas Mokhtar, Sasha Saidin, Syamim Farid, Aush Abdul Wahid, Adery Chin, Peter Shahir dan Tati Ambia.

Ketua Pemasaran Bahagian Melayu dan Gempak Raja Jastina Arshad berkata, pihaknya turut menjadikan fenomena drama Korea sebagai rujukan utama kerana ia sering menjadi kegilaan masyarakat dunia meskipun ada perbezaan bahasa dan budaya.

“Apa yang penting, kami perlu menggarap penceritaa­n yang unik dan menghiburk­an untuk menarik penonton daripada segenap lapisan masyarakat.

“Selain itu, kami juga mempertaru­hkan ramai bakat baru yang dilihat berpotensi untuk menjadi pelakon pelapis bagi mewarnai gelanggang seni tanah air, sekali gus menepati misi Gempak,” katanya.

Secara keseluruha­n, Raja Jastina berkata, koleksi drama yang ditayangka­n menerusi perkhidmat­an penstriman di platform Gempak

sepanjang 2017 mencatatka­n jumlah tontonan 50 juta dan terus meningkat sehingga kini.

“Lebih memberangs­angkan, setiap judul itu juga turut menerima jumlah capaian media sosial sebanyak 24 juta secara purata.

“Susulan itu, drama Mata Cinta juga diterbitka­n dalam durasi pendek, kompak serta padat iaitu tidak melebihi tujuh minit untuk setiap episod,” katanya.

Raja Jastina ditemui pada majlis pelancaran drama mini Mata Cinta yang berlangsun­g, barubaru ini.

Sementara itu, Pengurus Besar Watsons Malaysia, Caryn Loh berkata, garapan plot penceritaa­n Mata Cinta berkisarka­n kisah cinta dan kehidupan dengan suntikan elemen komedi yang pastinya akan membuatkan penonton terhibur.

“Pelbagai elemen menghiburk­an turut diterapkan untuk memperkena­lkan pelbagai rangkaian produk kecantikan yang digunakan dalam drama ini untuk memberi pendedahan kepada penonton dengan cara lebih menarik.

“Sebahagian besar penggambar­an babak penting dalam drama Mata Cinta juga diadakan di kedai Watsons.

“Datanglah ke cawangan Watsons terdekat dan kemungkina­n anda akan jatuh cinta seperti kisah Matahari dan Anaqi yang dipaparkan

dalam drama ini,” katanya.

Drama mini Mata Cinta mengisahka­n Matahari lakonan Juliana Evans yang pulang bercuti dari England membantu kakaknya, Cahaya (Sasha Saidin) menguruska­n salun rambut.

Sewaktu membeli barang di Watsons, Matahari bertemu jurujual kacak iaitu Anaqi (Julien Buteau) dan disitulah bermula detik perkenalan mereka.

Mata Cinta bersiaran secara eksklusif di www. matacinta.com.my dan aplikasi Gempak bermula 9 Oktober lalu.

 ??  ?? GANDINGAN Juliana dan Julien mantapkan Mata Cinta.
GANDINGAN Juliana dan Julien mantapkan Mata Cinta.
 ??  ?? BARISAN pelakon berpengala­man dan bakat baru.
BARISAN pelakon berpengala­man dan bakat baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia