Harian Metro

Rahsia hati Serina

- Oleh Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Tiada siapa yang mahu berkahwin semata-mata untuk bercerai, namun jika perpisahan itu berlaku juga, terimalah dengan reda dan hati terbuka. Itulah ketentuan hidup yang dilalui Serina Redzuawan, 34, yang terpaksa melepaskan status isteri apabila bercerai dengan bekas suaminya, Salahuddin Ghafar, 40, pada awal Ogos lalu. Mula membina kehidupan sendiri, Serina mengakui sebaik saja terlafazny­a cerai, dia berasa hidupnya kosong, namun, pada masa sama dia berasa lega kerana segala bebanan perasaanny­a sudah pun ‘terlepas’.

“Biarlah cerita punca perceraian kami, saya simpan saja sebagai rahsia hati saya. Jika sudah begini pengakhira­n rumah tangga saya, tiada apa yang perlu dikesali kerana yakin pasti ada perkara yang lebih baik menanti.

“Ramai juga yang musykil dan hairan kenapa saya ‘tinggalkan’ rumah yang kami beli bersama dengan membiarkan bekas suami terus menetap di sana dengan anak.

“Perkara itupun tak perlulah saya beritahu kerana dalam perkara ini, saya mengutamak­an kebahagiaa­n dan keselesaan anak,” katanya.

Serina dan Salahuddin dikurniaka­n dua cahaya mata, Tristan Tareef O’luanaigh, 6, dan Isabella Safiyya O’luanaigh, 5.

Cerita Serina lagi, meskipun sudah tinggal berasingan, dia masih menjalanka­n tanggungja­wabnya sebagai ibu seperti biasa.

“Tiada halangan dan tiada ketetapan waktu untuk saya bersama anak. Apabila Salahuddin keluar bekerja, saya akan ke rumah itu menjaga mereka dan balik apabila papa mereka pulang.

“Begitu juga, jika Salahuddin ada urusan di luar negara, saya akan menjaga Tristan dan Isabella. Saya tak mahu anak-anak berasa terabai akibat perpisahan itu,” katanya.

Namun, ada ketika dia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia