Harian Metro

SINOPSIS TV

- TV2, 8.35 malam Khabar Dari Casablanca TV3, 6.58 petang MEH SANDAR LAGI ??EPISOD 7 TV3, 9.02 malam MISS KAPTEN CIKGU WAIZ ?EPISOD 11

Mengisahka­n pasangan suami isteri, Farhan dan Nadia yang menetap di Casablanca, Maghribi. Farhan bekerja sebagai juruterban­g manakala Nadia pula suri rumah tangga. Nadia disahkan hamil dan nekad mahu pulang ke Malaysia.

Farhan terpaksa menuruti kehendak Nadia meskipun berat hati untuk berjauhan.

Perkhabara­n itu menggembir­akan

Filzah yang sudah lama menyimpan perasaan terhadap Farhan. Meskipun sudah berkahwin dengan Amir dan dikurniaka­n seorang cahaya mata, dia masih berdendam dengan Nadia.

Ketika menetap di

Kuala Lumpur, Nadia dikejutkan dengan berita pesawat dipandu Farhan terhempas dan dikhuatiri tertimbus akibat ribut pasir. Nadia menyalahka­n diri sendiri kerana meninggalk­an Farhan di Casablanca dan fikirannya mula terganggu.

Keadaan Nadia semakin teruk tetapi dia yakin Farhan masih hidup. Nadia mula mengirim emel kepada Farhan setiap hari dan menantikan balasan daripada suaminya itu. Bimbang dengan keadaan Nadia, keluarga membawanya berjumpa doktor.

Pelakon: Remy Ishak, Uqasha Senrose, Sasqia Dahuri dan Riz Amin. Nadzhan semakin buntu. Dia memohon maaf kepada Syed Emir kerana menuduh tanpa usul periksa. Syed Emir menasihati Nadzhan agar mencari Tasneem semula di kolej dan memujuknya.

Pelakon: Aliff Aziz, Mira Filzah, Haliza Misbun dan Alicia Amin. Khalisha meluahkan rasa bersalahny­a untuk mengikat tali pertunanga­n dengan Waiz kerana bimbang tidak mampu berlaku adil. Ini kerana jadual kerjanya sangat padat dan jarang dapat bercuti seperti pekerjaan lain. Dia tidak mahu Waiz keseoranga­n.

Pelakon: Erin Dawson, Neera Azizi, Danielle Sya , Amir Nafis dan Liza Abdullah.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia