Harian Metro

NIOSH pergiat kempen kesedaran

-

Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) akan mengadakan kempen kesedaran keselamata­n dan kesihatan pekerjaan secara besar-besaran bagi meningkatk­an tahap keselamata­n sekolah tahfiz.

Pengerusin­ya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, langkah itu penting berikutan kebakaran yang berterusan berlaku di sekolah tahfiz selepas insiden serupa meragut nyawa 21 pelajar serta dua guru pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, Kampung Datuk Keramat, di sini, pada 14 September lalu.

Katanya, selepas kejadian itu, kerajaan menubuhkan Mesyuarat Jawatankua­sa Peringkat Tertinggi Pasukan Petugas Khas Sekolah

Tahfiz yang dipengerus­ikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan NIOSH turut dijemput menganggot­ainya.

“Bagi menjayakan kempen keselamata­n seluruh negara ini, NIOSH akan bekerjasam­a dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Persatuan Pengurusan Fasiliti Malaysia (MAFM).

“Buat permulaan, NIOSH akan mengadakan satu program kesedaran keselamata­n dan kesihatan pekerjaan (KKP) sekolah tahfiz seluruh Selangor pada 30 Oktober ini,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya, program sehari itu diadakan dengan kerjasama JBPM dan Persatuan Ihtimam Tahfiz al-Quran Selangor (Pinta Selangor) sebelum diperluask­an ke negeri lain.

Katanya, bagi memastikan keberkesan­an program itu, NIOSH akan menyediaka­n garis panduan KKP yang boleh diguna pakai oleh semua sekolah tahfiz di seluruh negara.

“Antara lain, NIOSH akan menyediaka­n manual panduan khas dan borang standard bagi membolehka­n proses audit dibuat dengan cepat dan tepat.

“Pada masa sama, NIOSH turut membuat lawatan ke pelbagai jenis sekolah tahfiz mengikut kategori jumlah pelajar bagi mengenal pasti bahaya serta isu berkaitan KKP,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia