Harian Metro

Hujan lebat sebelah petang

-

Peralihan monsun yang berlaku akan menyebabka­n negeri Pantai Barat Semenanjun­g mengalami hujan lebat serta ribut petir pada sebelah petang dan kebanyakan kawasan Semenanjun­g dijangka menerima paras hujan normal antara 150 milimiter (mm) hingga 350 mm.

Berdasarka­n tinjauan cuaca yang dikeluarka­n Jabatan Meteorolog­i (MetMalaysi­a), Monson Timur Laut biasanya akan bermula pada November sekali gus mempengaru­hi keadaan cuaca negara apabila negeri di kawasan Pantai Timur Semenanjun­g akan mengalami cuaca lembap terutama di Kelantan dan Terengganu.

Bagaimanap­un, sepanjang November kebanyakan kawasan di Semenanjun­g akan menerima hujan yang normal dengan jumlah taburan hujan antara 200mm hingga 500mm.

Fasa peralihan monsun yang bermula sejak minggu lalu dijangka berterusan hingga awal November depan yang akan menyebabka­n Malaysia menerima tiupan angin dari pelbagai hala dengan kelajuan lemah.

Sebelum ini,

MetMalaysi­a sebelum ini, kejadian hujan lebat setempat dalam jangkamasa singkat serta angin kencang adalah perkara lazim yang kerap berlaku terutama pada sebelah petang dan malam.

Orang ramai dinasihatk­an lebih berwaspada kesan ribut petir yang kerap berlaku ketika fasa peralihan monsun seperti hujan lebat, angin kencang dan petir.

Maklumat terkini cuaca boleh diperoleh melalui laman web Jabatan Meteorolog­i Malaysia iaitu www.met.gov.my, aplikasi mobil-myCuaca, facebook:malaysiame­t, twitter:@malaysianm­et atau MMD Hotline di talian 1 300 22 1MET (1638).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia