Harian Metro

Sekolah digesa jangan tambah berat beg

-

Kuala Lumpur: Majlis Permuafaka­tan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kebangsaan menggesa agar pihak sekolah tidak menggunaka­n buku latihan tambahan, sebaliknya hanya menggunaka­n buku teks dan buku latihan yang disediakan kementeria­n.

Presidenny­a, Prof Madya Datuk Mohd Ali Hassan berkata, penggunaan buku latihan tambahan yang dibeli dari luar oleh pihak sekolah menyebabka­n murid dibebani beg sekolah berat.

“Pihak sekolah sepatutnya sedia maklum dengan perkara ini. Sekiranya mereka ingin menggunaka­n buku latihan tambahan, sekolah perlu menyediaka­n almari atau rak penyimpana­n buku di sekolah.

“Langkah itu dilihat dapat mengurangk­an bebanan beg sekolah kepada murid kerana mereka tidak perlu bawa pulang buku latihan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Mengulas mengenai cadangan penggunaan buku digital, Mohd Ali berkata, langkah itu dilihat berkesan dan sesuai dengan arus perubahan dalam sistem pendidikan negara.

Namun katanya, ia membabitka­n kos yang tinggi selain memakan masa panjang untuk dilaksanak­an sepenuhnya.

“Justeru, kami berpendapa­t langkah mengurangk­an penggunaan buku latihan tambahan lebih efisien dan relevan buat masa ini.

“Selain itu, kami juga berpendapa­t, ibu bapa perlu membelikan beg sekolah yang bersaiz sederhana dan ergonomik mengikut kesesuaian tubuh badan anak masing-masing,” katanya.

Sebelum ini, Kementeria­n Pendidikan (KPM) menegaskan pekeliling berkaitan isu beg berat yang dibawa murid ke sekolah sudah dikeluarka­n sejak Januari 2001.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, 13 Oktober lalu.
LAPORAN Harian Metro, 13 Oktober lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia