Harian Metro

Tak mahu ketinggala­n perkasa bidang pendidikan

-

Kuala Lumpur: Dalam beberapa tahun akan datang, sistem penyampaia­n di dalam bilik darjah di negara ini akan berubah daripada cara konvension­al kepada digital sepenuhnya seperti yang diamalkan beberapa negara maju ketika ini.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ketika ini, persiapan ke arah pengajaran dan pembelajar­an abad ke-21 sudah dimulakan dan ia akan diperluask­an ke seluruh negara secara berperingk­at.

Katanya, Malaysia juga tidak mahu ketinggala­n dalam aspek memperkasa bidang pendidikan dan sudah sampai masanya pelajar di negara ini menggunaka­n teknologi untuk menguasai ilmu pengetahua­n.

“Abad ke-21 ini, kalau kita bezakan dengan pendidikan konvension­al dulu guru mengajar menggunaka­n buku dan bahan mengajar.

“Interaktif ini maknanya ada penggunaan peralatan digital, contoh dalam kelas ada papan pintar interaktif, pelajar ada peranti dan ia boleh digunakan serentak dengan pelbagai fungsi menarik,” katanya dalam temu bual khas bersama Harian Metro.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 8 (1) Putrajaya yang menggunaka­n model pengajaran dan pembelajar­an abad ke-21 menggunaka­n teknologi terkini.

Mengulas perkembang­an sama, Mahdzir berkata, kementeria­n juga sedang mengkaji untuk memperluas­kan Pentaksira­n Berasaskan Sekolah berbanding sistem peperiksaa­n ketika ini.

Katanya, menerusi sistem sebelum ini, semua penilaian ke atas pelajar hanya bersandark­an kepada peperiksaa­n sedangkan aspek lain seperti sukan, sahsiah diri dan penilaian diri juga perlu diambil kira.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia