Harian Metro

50 peratus tahfiz tidak selamat

-

Kira-kira 50 peratus daripada 956 pusat pengajian Islam termasuk tahfiz di seluruh negara yang diperiksa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sejak September lalu berada dalam keadaan tidak selamat dan perlu ditambah baik.

Menurut Ketua Pengarah JBPM Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim, pihaknya juga sudah mengeluark­an sebanyak 389 notis kepada pusat-pusat tahfiz yang tidak mengikut piawaian tahap keselamata­n yang ditetapkan.

Katanya, antara kesalahan yang dilakukan oleh pusat tahfiz terbabit termasuk tidak mempunyai pemadam api mencukupi selain laluan keluar tidak selamat.

“Pemilik pusat-pusat tahfiz itu akan diberikan masa untuk menambahba­ik mengikut undang-undang dan spesifikas­i keselamata­n bangunan yang ditentukan pihak keselamata­n,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis perasmian Kempen Keselamata­n, Kebakaran dan Pameran Inovasi 2017, di sini, semalam.

Katanya, pemeriksaa­n itu juga mendapati 291 pusat tahfiz tidak mempunyai alat keselamata­n kebakaran mencukupi, manakala antara kesalahan lain turut diambil perhatian ialah penyediaan laluan keluar mencukupi dan selamat jika berlaku kebakaran.

“Dengan itu, pihak bomba terpaksa mengeluark­an notis mengikut perundanga­n supaya operasi pusat berkenaan dan penghuniny­a berada dalam keadaan selamat. Jika mereka gagal mengikut arahan mengikut tempoh ditetapkan, kes mereka akan dibawa ke mahkamah” katanya.

 ??  ?? WAN Mohd (kanan) pada Majlis Perasmian Kempen Keselamata­n, Kebakaran dan Pameran Inovasi 2017, semalam.
WAN Mohd (kanan) pada Majlis Perasmian Kempen Keselamata­n, Kebakaran dan Pameran Inovasi 2017, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia