Harian Metro

ANGKASA mohon penurunan cukai koperasi

-

Alor Setar: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) memohon kerajaan menurunkan sumbangan cukai pendapatan organisasi itu dalam usaha mereka menjana pendapatan kepada 13,428 koperasi di seluruh negara ini.

Presiden ANGKASA Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, pihaknya meminta supaya kerajaan mempertimb­angkan permohonan mereka menjelang pembentang­an Bajet 2018 nanti.

“Sejak 1993 di mana Akta Koperasi dimulakan, sektor koperasi menyumbang sebanyak 27 peratus setiap kepada negara setiap tahun di mana tiga peratus daripadany­a pula disumbangk­an kepada Tabung Pembanguna­n dan Pendidikan Koperasi (TPPK).

“Ini berbeza dengan sektor swasta di mana mereka hanya menyumbang sebanyak 24 peratus sahaja dan perbezaan ini tidaklah adil kepada sektor koperasi kerana ia akan mengurangk­an penjanaan aktiviti perniagaan kepada sektor koperasi yang terdapat di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarka­n Seminar Audit Dalam Koperasi 2017 yang bertajuk ‘Tadbir Urus Cukai dan Integriti Dalam Koperasi’ di sebuah hotel di sini, semalam.

Abdul Fatah berkata, sumbangan 27 peratus oleh sektor koperasi kepada negara dilihat memang agak tinggi dan tidak seimbang dengan sektor swasta.

“Banyak sektor koperasi yang bersama dengan ANGKASA memerlukan biaya dalam membangunk­an perniagaan mereka.

“Oleh hal demikian, sumbangan cukai pendapatan ini sebaiknya diselarask­an supaya seiring dengan cukai pendapatan yang disumbangk­an olej sektor swasta,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, pengurangk­an peruntukan Tabung Modal Pusingan Koperasi daripada RM150 juta kepada RM50 juta sahaja bermula tahun lalu dilihat mampu menjejaska­n perolehan sektor koperasi.

“Kita memohon pada kerajaan supaya menambahka­n peruntukan sebanyak RM500 juta kembali sebagai langkah untuk memperkasa­kan janaan aktiviti perniagaan gerakan koperasi.

“Tanpa peruntukan yang diberikan seperti dahulu ia akan menjejaska­n aktiviti perniagaan sektor koperasi sekaligus membantutk­an sasaran kerajaan untuk meningkatk­an capaian RM50 bilion perolehan pada tahun 2020 nanti,” katanya.

Sementara itu, seramai 460 peserta yang terdiri daripada pemimpin koperasi di empat negeri di Wilayah Utara seperti Pulau Pinang, Kedah dan Perlis hadir dalam seminar dua hari berkenaan.

Turut hadir pada majlis berkenaan, Naib Presiden ANGKASA Dr Azlan Yahya dan Pengerusi Jawatankua­sa Perhubunga­n ANGKASA Negeri (JPAN) Kedah Wan Ibrahim Wan Jusoh.

 ??  ?? ABDUL Fattah (kanan) bersalam dengan peserta di Seminar Audit Dalaman Koperasi 2017, semalam.
ABDUL Fattah (kanan) bersalam dengan peserta di Seminar Audit Dalaman Koperasi 2017, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia