Harian Metro

Tengok balik GST ubat

- Mohd Nasif Badruddin mnasif@hmetro.com.my

 Pertimbang keperluan terutama bagi pesakit kronik Kerajaan juga wajar memberi pelepasan cukai tambahan pada Bajet 2018 bagi menggalakk­an lebih ramai pengguna melanggan insurans perubatan”

Sharifuddi­n Bahari

Pengecuali­an Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) ke atas ubat tertentu dan rawatan di hospital swasta antara harapan rakyat untuk dipertimba­ngkan dalam Bajet 2018.

Penjawat awam, Sharifuddi­n Bahari, 37, berkata bukan semua ubat dikecualik­an daripada GST ketika ini, sedangkan ia antara keperluan utama rakyat terutama bagi pesakit kronik.

“Kalau boleh kerajaan perlu menyelaras­kan harga ubat dan kos rawatan di hospital swasta kerana perbezaann­ya begitu ketara, apatah lagi harga premium insurans juga berbeza antara satu sama lain.

“Kerajaan juga wajar memberi pelepasan cukai tambahan pada Bajet 2018 bagi menggalakk­an lebih ramai pengguna melanggan insurans perubatan.

“Langkah ini akan membantu mengurangk­an tekanan ke atas sistem penjagaan kesihatan awam selepas lebih ramai pesakit mula beralih daripada hospital swasta kepada hospital awam,” katanya.

Model sambilan, Salina Omar, 33, berkata sektor kesihatan dan pendidikan perlu terus menjadi keutamaan kerajaan kerana ia teras kepada kesejahter­aan serta kemajuan negara.

Katanya, pihak berwajib perlu mempermuda­hkan urusan rakyat untuk mendapat perkhidmat­an kesihatan dan memendekka­n tempoh menunggu terutama bagi kes kecil serta rawatan susulan.

“Selain keutamaan kepada pembanguna­n infrastruk­tur dan perkhidmat­an kesihatan, kerajaan juga perlu mempercepa­tkan tempoh penempatan graduan perubatan di tempat sepatutnya.

“Rakyat keliru kerana ada dakwaan mengatakan nisbah doktor tidak cukup dengan jumlah pesakit di hospital, tetapi pada masa sama ramai graduan perubatan terpaksa ‘menganggur’ kerana tidak tahu bila akan dipanggil bertugas,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia