Harian Metro

Bajet tangani kos sara hidup tinggi

- Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

 Penggalaka­n dalam bidang keusahawan­an jadi agenda utama

Bajet 2018 yang akan dibentangk­an Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 27 Oktober ini akan lebih tertumpu kepada kesejahter­aan rakyat terutama dalam berdepan kos sara hidup yang semakin tinggi selain memberi lebih banyak peluang kepada rakyat untuk menceburi bidang keusahawan­an.

Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, ia antara agenda utama kerajaan untuk membantu rakyat dan pada masa sama memastikan ekonomi negara terus berkembang.

“Perincian maklumat akan dijelaskan oleh Perdana Menteri nanti, namun apa yang saya boleh beritahu ialah bajet kali ini akan lebih tertumpu kepada kesejahter­aan rakyat dalam berdepan kos sara diri dan cara kita mengekalka­n pertumbuha­n ekonomi negara.

“Antara agenda utama bajet kali ini ialah keusahawan­an dengan kerajaan akan majukan syarikat pemula niaga baru, industri kecil dan sederhana dan banyak lagi. Jadi, banyak tumpuan akan diberikan kepada program berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis perasmian Program Keusahawan­an Bumiputera (BAHTERA) Edisi Selatan 2017 yang dirasmikan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Johor (Persada) di sini, semalam.

Mengenai BAHTERA, Mohd Irwan Serigar berkata, program seumpama itu banyak melahirkan golongan usahawan, baik dari segi memulakan perniagaan mahupun meluaskan perniagaan ke peringkat lebih tinggi.

“Pada kali pertama penganjura­nnya, kita berjaya menarik lebih 15,000 pengunjung dan melahirkan lebih 6,000 usahawan yang menjadi antara usaha yang dilaksanak­an kerajaan dalam membantu rakyat,” katanya.

 ??  ?? KERAJAAN mahu beri lebih banyak peluang rakyat ceburi perniagaan.
KERAJAAN mahu beri lebih banyak peluang rakyat ceburi perniagaan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia