Harian Metro

Airbus miliki sepenuhnya saham SAE

-

Kuala Lumpur: Airbus, syarikat aeroangkas­a global kini memiliki sepenuhnya pusat penyelengg­araan, pembaikan dan baik pulih (MRO) yang berpangkal­an di Malaysia iaitu Sepang Aircraft Engineerin­g (SAE) berikutan pembelian baki saham oleh syarikat itu selepas memiliki sebahagian saham SAE sejak 2011.

Melalui pembelian itu, SAE kini menjadi subsidiari milik penuh Airbus dan sebahagian daripada rangkaian serta akan menjadi elemen penting dalam strategi pertumbuha­n dalam pasaran Asia Pasifik yang dinamik.

Ketua Perkhidmat­an Unit Perniagaan Airbus Laurent Martinez berkata, SAE berjaya mencipta reputasi kukuh dalam pasaran MRO bagi perkhidmat­an yang menetapi masa dan boleh dipercayai sejak ditubuhkan pada 2007.

“Matlamat kami untuk menjadikan SAE sebagai MRO yang terkemuka di rantau ini dengan menjadikan­nya sebagai pusat inovasi untuk perkhidmat­an pesawat komersial Airbus,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

September lalu, SAE meraikan pembukaan hangar kedua bagi memenuhi permintaan yang meningkat dengan keluasan keseluruha­n sehingga 50,000 meter persegi.

Hangar pertama boleh menampung sehingga enam pesawat lorong tunggal atau dua pesawat badan lebar manakala hangar kedua pula boleh menampung dua pesawat A320 pada bila-bila masa untuk pemeriksaa­n penyelengg­araan utama.

Hangar kedua turut menempatka­n kawasan mengecat bertutup khusus mesra alam pertama di Malaysia serta bengkel canggih untuk membaiki dan membaik pulih pelbagai komponen yang digunakan pada pesawat Airbus termasuk sistem hidraulik dan pneumatik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia