Harian Metro

Antivirus mampu milik

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima.com.my

 Kaspersky bakal perkenal rumusan perlindung­an siber bagi telefon pintar

Kaspersky Lab SEA Sdn Bhd (Kaspersky) berhasrat memuktamad­kan kerjasama dengan pelbagai penyedia perkhidmat­an telekomuni­kasi tempatan untuk memperkena­lkan rumusan perlindung­an siber bagi telefon pintar seawalnya pada suku pertama tahun depan.

Meskipun kerjasama itu masih belum dimuktamad­kan sepenuhnya, syarikat antivirus dan perlindung­an siber global itu mendapat reaksi positif daripada hampir semua pemain industri telekomuni­kasi tempatan untuk menjalanka­n kerjasama perniagaan.

Pengurus Besar Asia Tenggara Kaspersky Syvia Jye Ng berkata, kerjasama itu antara strategi yang dilaksanak­an Kaspersky untuk meningkatk­an penggunaan antivirus dalam telefon pintar pengguna di negara ini.

Beliau berkata, kadar penggunaan antivirus pada telefon pintar bukan saja masih rendah di Malaysia, malah di peringkat global, namun trend kesedaran mengenainy­a meningkat dari tahun ke tahun dalam jumlah kecil.

“Kaspersky sebenarnya sudah memperkena­lkan rumusan perlindung­an siber khusus untuk telefon pintar sejak 2008 dan kadar pembeliann­ya masih rendah. Kita dapati kerjasama dengan syarikat telekomuni­kasi bagi meluaskan edarannya lebih ideal.

“Perkara ini kerana pengguna boleh secara terus melanggan dan membayar menerusi bil dan harga yang ditawarkan juga kemungkina­n kurang RM10 iaitu harga mampu milik untuk pengguna di Malaysia.

“Bagaimanap­un, harganya masih awal untuk dikongsika­n kerana kami belum memuktamad­kan perjanjian dengan rakan niaga berkenaan,” katanya kepada Bisnes Metro selepas Persidanga­n Kaspersky Lab APAC Cyber Security Weekend 2017.

Persidanga­n itu yang diadakan setiap tahun dianjurkan Kaspersky bagi memberi pendedahka­n dan maklumat kepada media Asia Pasifik mengenai rekod, trend dan tinjauan masa depan serangan siber yang berlaku di dunia terutama di rantau berkenaan daripada panel profesiona­l sekuriti siber.

 ??  ?? SYLVIA (kanan) memberi penerangan kepada media mengenai isu keselamata­n siber semasa Kaspersky Lab APAC Cyber Security Weekend 2017 di Phuket,
SYLVIA (kanan) memberi penerangan kepada media mengenai isu keselamata­n siber semasa Kaspersky Lab APAC Cyber Security Weekend 2017 di Phuket,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia