Harian Metro

Guna teknologi VR

- Agensi

 Kamera canggih rakam majlis angkat sumpah gabenor baru Jakarta

Teknologi realiti maya (VR) akan digunakan dalam majlis angkat sumpah dan pelantikan Gabenor baru Jakarta, Anies Baswedan dan timbalanny­a, Sandiaga Uno pada hari ini.

Jurucakap Anies, Naufal Firman Yusak berkata, teknologi itu digunakan bagi membolehka­n orang ramai yang tidak berpeluang hadir ke Dewan Perbandara­n menyaksika­n majlis bersejarah itu.

“Sebanyak 30 gogel VR akan diedarkan di Dewan Perbandara­n dan 12 lokasi lain di seluruh Jakarta.

“Kami akan mendedahka­n lokasi pengedaran gogel VR itu tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Seorang pembantu Anies, Arie Mufti memberitah­u, tiga kamera yang boleh merakam imej 360 darjah dipasang di tiga lokasi di Dewan Perbandara­n.

Katanya, kamera itu merakam majlis angkat sumpah berkenaan yang boleh ditonton menerusi gogel VR yang diedarkan.

“Kamera ini akan merakam majlis itu secara langsung. Kami tidak akan menggunaka­n teknik zoom atau sudut luas untuk rakaman ini,” katanya.

Menurutnya, beberapa skrin besar juga dipasang bagi menyiarkan majlis berkenaan yang juga boleh ditonton melalui laman web dan aplikasi di telefon bimbit.

Anies dan Uno memenangi pilihan raya gabenor Jakarta selepas menewaskan penyandang Basuki Tjahaja Purnama atau dikenali sebagai Ahok dan timbalanny­a, Djarot Saiful Hidayat.

Ahok pada mulanya dilihat berpeluang cerah mengekalka­n jawatannya tetapi sokongan padanya mula merosot selepas didakwa menghina al-Quran.

Selepas pilihan raya tamat, Ahok dihukum penjara dua tahun oleh sebuah mahkamah di sini selepas didapati bersalah menghina agama Islam.

 ??  ?? ANIES (kiri) bersama Uno ketika berkempen dalam pilihan raya gabenor Jakarta.
- Agensi
ANIES (kiri) bersama Uno ketika berkempen dalam pilihan raya gabenor Jakarta. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia