Harian Metro

Paling dahsyat

- Reuters

 137 maut, 300 cedera dalam dua serangan bom kenderaan di Mogadishu

Jumlah kematian akibat serangan bom berkembar di tengah bandar ini kelmarin meningkat kepada 137 orang, menjadikan­nya serangan paling dahsyat sejak pemberonta­kan tercetus pada 2007.

Presiden Mohamed Abdullahi Farmaajo mengumumka­n tiga hari berkabung dan menyeru orang ramai menderma darah serta bantuan lain kepada mangsa.

Sekurang-kurangnya 300 yang lain turut cedera.

Menurut polis, sebuah bom trak meletup di luar sebuah hotel di persimpang­an K5 yang dipenuhi pejabat kerajaan, restoran dan gerai kecil, meranapkan beberapa bangunan dan menyebabka­n puluhan kenderaan terbakar.

Dua jam kemudian, satu lagi letupan besar berlaku di daerah Medina.

“Jumlah kematian meningkat kepada 137 orang dengan kira-kira 300 orang cedera,” kata pegawai polis, Ibrahim Mohamed yang menambah angka kematian mungkin meningkat lagi.

Polis sebelum itu melaporkan 22 orang terbunuh dalam kejadian.

Semalam, polis dan pekerja kecemasan memeriksa runtuhan bangunan dan menemui puluhan mayat yang kebanyakan­nya rentung.

Beratus-ratus orang datang ke tempat kejadian untuk mencari anggota keluarga mereka yang hilang dengan polis turut mengepung lokasi itu atas sebab keselamata­n.

Sehingga kini tiada pihak yang mengaku bertanggun­gjawab.

Bagaimanap­un, serangan itu dipercayai dilakukan kumpulan militan al Shabaab yang bersekutu dengan rangkaian pengganas al-Qaeda.

Kumpulan itu sering melancarka­n serangan di ibu kota Somalia dan bahagian lain di negara berkenaan. New Delhi: Seekor harimau yang diburu selepas membunuh empat penduduk kampung di tengah India, mati selepas terkena renjatan elektrik, kata pegawai semalam.

Sebuah mahkamah di negeri Maharashtr­a pada Jumaat lalu mengeluark­an perintah untuk menembak mati harimau betina berusia dua tahun itu selepas mangsa terbarunya, seorang wanita meninggal dunia pada bulan ini.

Bagaimanap­un, usaha menangkap haiwan itu dihentikan selepas ia ditemui mati melanggar pagar elektrik

 ??  ?? KEADAAN lokasi serangan bom trak di satu persimpang­an berhampira­n sebuah hotel di tengah Mogadishu kelmarin. - AFP
KEADAAN lokasi serangan bom trak di satu persimpang­an berhampira­n sebuah hotel di tengah Mogadishu kelmarin. - AFP
 ??  ?? DUA lelaki menarik mayat seorang mangsa yang maut dalam serangan bom trak di Mogadishu kelmarin. - AFP
DUA lelaki menarik mayat seorang mangsa yang maut dalam serangan bom trak di Mogadishu kelmarin. - AFP
 ??  ?? DUA penduduk melihat kesan kemusnahan sejurus serangan kelmarin. - AFP
DUA penduduk melihat kesan kemusnahan sejurus serangan kelmarin. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia