Harian Metro

‘Panaskan badan dulu...’

- Daripada Jugjet Singh di Dhaka jugjet@nst.com.my

Malaysia akan menggunaka­n aksi terakhir dalam Kumpulan B menentang Oman di Dhaka, Bangladesh hari ini sebagai perlawanan pemanas badan bagi peringkat round robin Piala Asia.

Pasukan kendalian Stephen van Huizen itu melepasi peringkat kumpulan dengan cemerlang apabila membenam China 7-1 dan menewaskan juara bertahan Piala Asia, Korea Selatan 2-1.

Oman pula memerlukan keajaiban untuk menundukka­n Malaysia yang kini mengumpul mata penuh untuk berada di kedudukan teratas kumpulan.

“Tidak ada istilah tidak menghormat­i pemain Oman, kerana saya berhasrat menggunaka­n permainan ini sebagai pemanas badan sebelum ‘kejohanan sebenar’ bermula,” kata Van Huizen.

Dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan mara ke peringkat round robin yang mana mereka perlu bermain tiga perlawanan lagi. Dua pasukan teratas kemudianny­a akan mara ke final.

Oman sudah bermain dua kali pada Piala Asia dengan kali terakhir di Ipoh pada 2013, apabila mereka menduduki tangga keenam.

“Pukulan sudut penalti kami masih tidak sempurna dan kami ada satu lagi perlawanan untuk perbaikiny­a. Tiga perlawanan dalam round robin adalah ujian sebenar kami dan kami berhasrat untuk melepasi peringkat kedua itu dengan keputusan yang baik juga,” kata Van Huizen.

Pakar sudut penalti, Razie Rahim diberi banyak peluang ketika menentang China dan Korea, tetapi dia gagal mempamer kemampuann­ya. Sebaliknya pemain sudut penalti kedua, Faizal Saari mempamer kehebatan di Dhaka.

Sementara itu, jurulatih Oman, AK Ponacha sedar pasukannya berdepan kesukaran pada perlawanan terakhir kumpulan bertemu skuad negara.

“Kami tahu ia akan menjadi perlawanan paling sukar buat kami, tapi pada masa sama kami tidak akan rugi apa-apa cuma akan memperoleh pengalaman apabila bermain dengan lawan yang berada di ranking lebih tinggi,” kata Ponacha.

Dalam perkembang­an lain KHM memutuskan untuk menghantar pulang pemain tengah, Mohd Fitri Saari malam tadi selepas menerima perkhabara­n anaknya Muhammad Adam Zafran yang berada di hospital kini dalam keadaan kritikal.

Keputusan menghantar Fitri pulang disahkan pengurus pasukan kebangsaan Mohd Nasihin Nubli Ibrahim.

“Dalam situasi itu, kami merasakan keutamaan Fitri adalah di samping isteri serta keluargany­a di Kuala Lumpur. Ini bermaksud Fitri akan terlepas peluang menentang Oman esok,” kata Nasihin ketika dihubungi.

 Malaysian Tigers perlu manfaat aksi terakhir menentang Oman sebelum ‘kejohanan sebenar’

 ??  ?? AKSI Malaysia menentang Korea Selatan.
AKSI Malaysia menentang Korea Selatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia