Harian Metro

NAAM hantar skuad penuh ke Kejohanan Dunia di Mexico

- Devinder Singh devinder@nst.com.my

Kuala Lumpur: Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) buat kali pertamanya akan menghantar skuad penuh bagi menyertai Kejohanan Dunia di Mexico City bermula hari ini.

Susulan persembaha­n hebat pada Sukan SEA Kuala Lumpur Ogos lalu apabila Malaysia menang lima pingat emas, pemanah kebangsaan diberi penghargaa­n untuk menyertai kejohanan dunia itu dengan pembiayaan penuh.

Terdahulu, hanya pemanah recurve dihantar ke Kejohanan Dunia dengan pemanah compound, Fatin Nurfatehah Mat Salleh pernah diberi peluang sekali ke kejohanan itu apabila universiti­nya membiayai perbelanja­an ke kejohanan itu.

Sementara Fatin dianggap sebagai pemanah compound tunggal pada Kejohanan Dunia 2013 di Turki, yang mana dia melangkah ke pusingan kedua, rakan sepasukann­ya, Saritha Cham Nong dan Sazatul Nadhira Zakaria berpeluang menyertain­ya kali ini.

“Saya berharap untuk menamatkan saingan dalam lapan kelompok teratas tapi saya kini menggunaka­n peralatan baru sejak tiga minggu lalu dan saya harap semuanya berjalan lancar,” kata Fatin, 26, yang juga pemenang pingat emas acara berpasukan wanita dan berpasukan campuran pada Sukan SEA.

“Ramai juara dunia akan turut serta dan dengan 24 negara bertanding, kami akan berusaha menempatka­n diri dalam kalangan 16 teratas pada pusingan kelayakan acara berpasukan.” katanya.

Pasukan compound lelaki diwakili Juwaidi Mazuki, Zulfadhli Ruslan dan Lee Kin Lip sementara skuad recurve wanita diwakili Nur Afisa Abdul Halil, Nur Aliya Ghapar dan Loke Shin Hui.

Harapan negara menerusi trio recurve yang diwakili Khairul Anuar Mohamad, Haziq Kamaruddin dan Akmal Nor Hasrin yang sebelum ini berlatih di Korea Selatan bagi persediaan ke Kejohanan Dunia.

Sementara itu, Sukan Asia di Indonesia akan menjadi kejohanan utama bagi pemanah kebangsaan tahun depan, Fatin bagaimanap­un belum memutuskan mengenai penyertaan­nya.

“Saya masih belum putuskan sama ada akan sertai Sukan Asia atau tidak kerana saya mahu menamatkan pengajian,” katanya yang kini mengikuti ijazah sains sukan di Universiti Sains Malaysia.

 ?? Fatin Nurfatehah Mat Salleh ?? Ramai juara dunia akan turut serta dan dengan 24 negara bertanding, kami akan berusaha menempatka­n diri dalam kalangan 16 teratas pada pusingan kelayakan acara berpasukan”
Fatin Nurfatehah Mat Salleh Ramai juara dunia akan turut serta dan dengan 24 negara bertanding, kami akan berusaha menempatka­n diri dalam kalangan 16 teratas pada pusingan kelayakan acara berpasukan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia