Harian Metro

Perez julang kejuaraan

- Farah Azharie dan Naqib Nor Said sukanteam@nstp.com.my

Pat Perez menggambar­kan dirinya lambat menyerlah dalam sukan golf selepas dia muncul pemain paling berusia merangkul trofi CIMB Classic pada usia 41 tahun, tujuh bulan dan 14 hari.

Sepanjang empat hari kejohanan di TPC Kuala Lumpur itu, pemain Amerika Syarikat berkenaan hanya melakukan tiga bogey untuk menamatkan saingan 24 bawah par 264, mengatasi naib juara Keegan Bradley dengan empat pukulan - jurang terbesar dalam Jelajah PGA sejak Marc Leishman memenangi Kejuaraan BMW ketika playoff Piala FedEx musim lalu.

“Saya seorang yang berbeza berbanding 17 tahun lalu, malah lima tahun lalu. Saya mula belajar bagaimana untuk bermain permainan ini dan belajar bagaimana bermain dengan cara saya sendiri,” kata Perez.

“Kekal fokus dengan diri sendiri dan perkara seumpamany­a. Seperti anda katakan, saya menyerlah ketika lewat usia.”

CIMB Classic yang menakali warkan AS$7 juta (RM29 juta) adalah kemenangan ketiga Perez dalam siri Jelajah PGA dan kali pertama dia memenangi kejohanan dalam dua musim berturut-turut selepas menjulang trofi OHL Classic di Mayakoba November lalu.

“Saya tidak tertekan langsung sebaik tiba di sini, jadi saya cuma berharap dapat menangani cuaca panas di sini.

“Saya tidak akan mengubah apa-apa. Saya tetap tidak akan bersenam, saya akan makan apa yang saya mahu dan nikmati hidup saya. Berat turun minggu ini dan ia sesuatu yang baik,” katanya.

Perez kini melonjak ke tangga kedua Piala FedEx di belakang juara Terbuka Safeway Brendan Steele, yang menamatkan saingan di tangga ke-13 minggu ini, se-

 Muncul pemain paling tua rangkul trofi CIMB Classic

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia