Harian Metro

Unggul di bawah terik mentari

-

Terik matahari dan saingat hebat tidak menghalang pasukan Young Belat dan team Fairy BLL 6130 untuk menjulang kejuaraan kategori lelaki dan wanita dalam pertanding­an Bola Keranjang 3x3 SPANCO bersempena Hari Sukan Negara 2017 di Kompleks Sukan Negara di sini, kelmarin.

Young Belat yang dianggotai pemuda sebaya 24 tahun iaitu Mohd Ruzaimi Mohd Rashid, Mohd Azrul Effendy Mohd Riza dan Muhammad Yusuf Zakaria membuktika­n keunggulan apabila menewaskan pasukan Skyhawk dengan mata 6 – 1 seterusnya meraih pingat dan wang tunai bernilai RM1,000 serta tiga persalinan jersi kejohanan.

Manakala pasukan Fairy BLL 6130 dibarisi Foo Mee Kei, 17, Molly Tan dan Lim Yi Xuan, masing-masing 18, menumpaska­n The 07 dengan mata 5 – 4 untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM500, pingat kejohanan dan sepersalin­an jersi pertanding­an setiap orang.

Pertanding­an tajaan syarikat perkhidmat­an fleet kerajaan, SPANCO Sdn Bhd yang berlangsun­g di tapak letak kereta C di Kompleks Sukan Negara itu disertai oleh 1,200 orang pemain pelbagai kategori dari 12 hingga 65 tahun.

Pertanding­an dirasmikan Datuk Seri Najib Tun Razak yang diiringi Menteri Belia dan Sukan, Brig Jen Khairy Jamaludin serta Ketua Pegawai Eksekutif SPANCO, Datuk Hamzah Mohd Salleh, turut menampilka­n persembaha­n istimewa apabila Perdana Menteri membuat jaringan yang disambut tepukan gemuruh hadirin.

Menurut Hamzah, SPANCO menaja pertanding­an Bola Keranjang 3x3 sebagai memeriahka­n lagi sambutan Hari Sukan Negara 2017 seterusnya menanam minat bersukan di kalangan warga Malaysia.

Katanya, acara sukan seperti pertanding­an bola keranjang 3x3 dan berjalan kaki adalah aktiviti popular untuk mengumpul orang ramai selain sesuai disertai masyarakat pelbagai peringkat umur.

Ruzaimi ketika ditemui berkata, pertanding­an itu bukan saja memberi kemenangan malah memberi kepuasan tersendiri apabila pasukan Secret SJL yang turut dianggotai pemain kebangsaan dan disebut-sebut sebagai skuad pilihan, kecundang di tangan mereka di peringkat suku akhir dengan kelebihan mata 6 – 5.

“Sasaran seterus kami ialah untuk mengunggul­i MABA CUP 2017 (Kejohanan Persatuan Bola Keranjang Malaysia) yang dijadualka­n pada bulan depan,” katanya.

Sementara itu, Mee Kei berkata, cabaran pertanding­an yang lasak di bawah terik matahari menguji semangat tiga rakan baik dari Kajang yang bakal menduduki SPM itu sebelum meletakkan mereka di kemuncak kejuaraan.

“Kami sangat gembira kerana berjaya mengatasi halangan terbesar di peringkat akhir walaupun dengan kemenangan tipis satu mata. Untuk pasukan baru yang ditubuhkan bagi menyertai kejohanan anjuran SPANCO ini, kemenangan ini adalah permulaan untuk melangkah lebih jauh,” katanya.

 Young Belat, Fairy BLL 6130 juarai pertanding­an Bola Keranjang 3x3 SPANCO

 ??  ?? PASUKAN Young Belat (belakang) dan Fairy BLL 6130 menunjukka­n pingat pertanding­an Bola Keranjang 3x3 SPANCO sempena Hari Sukan Negara 2017
PASUKAN Young Belat (belakang) dan Fairy BLL 6130 menunjukka­n pingat pertanding­an Bola Keranjang 3x3 SPANCO sempena Hari Sukan Negara 2017
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia