Harian Metro

Suarez pastikan Barca terus kebal

-

Madrid: Luis Suarez menyelamat­kan Barcelona untuk mengekalka­n rekod tanpa kalah Barcelona dalam saingan La Liga musim ini ketika mengikat Atletico Madrid 1-1, awal pagi semalam.

Sebelum itu, Saul Niguez meletakkan tuan rumah di depan namun selepas itu Barcelona kembali menguasai aksi sehingga menyaksika­n Suarez mengecewak­an penjaga gol lawan, Jan Oblak yang cemerlang sepanjang perlawanan.

“Semua orang tahu pertahanan Atletico cukup kuat dan memiliki penjaga gol yang hebat. Namun kami melakukan dengan baik dan yakin kami berhak lakukan lebih baik di babak kedua,” kata Suarez.

Keputusan seri itu membolehka­n Real Madrid mendaki ke tangga kedua, lima mata di belakang Barcelona, manakala Atletico ketiga, dibezakan enam mata.

“Ia perlawanan yang hebat membabitka­n dua pasukan yang mempunyai dua karakter berbeza,” kata pengurus Atletico, Diego Simeone.

Bagaimanap­un, kunjungan pertama Barcelona ke ibu kota Sepanyol sejak tuntutan kemerdekaa­n oleh Catalonia itu tidak dapat lari daripada insiden berbaur politik selepas ada penyokong mengibarka­n bendera Sepanyol dan nyanyian Viva Espana.

Namun kedua-dua pengurus pasukan tetap memuji persekitar­an di stadium sepanjang perlawanan.

“Persekitar­an stadium cukup hebat,” kata Simeone.

“Saya sukakan stadium, penyokong namun sorakan itu perkara biasa. Apa pun ia malam yang hebat boleh seluruh peminat bola sepak,” kata pengurus Barcelona, Ernesto Valverde. -AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia