Harian Metro

Henjutan Dovizioso

- AFP

Andrea Dovizioso dari Ducati mengejutka­n juara dunia Marc Marquez pada pusingan terakhir untuk menang dalam perlumbaan hujan Grand Prix Jepun sekali gus membuka luas saingan kejuaraan MotoGP, semalam.

Penunggang Itali itu mengatasi Marquez dari Honda dengan 0.25 saat dalam pertarunga­n sengit klasik di Motegi untuk merekod kemenangan kelimanya musim ini, mengurangk­an kelebihan pelumba Sepanyol itu dalam kejuaraan dunia kepada 11 mata dengan berbaki tiga perlumbaan.

Dovizioso melakukan henjutan mengagumka­n dari petak kesembilan apabila dia menyertai Marquez mengejar pendahulu awal Danilo Petrucci.

Dua pencabar kejuaraan itu memecut memintas Petrucci dari Ducati pada pertengaha­n perlumbaan sebelum bersaing hebat sesama sendiri ketika hujan menjadikan keadaan litar terlalu sukar.

Dua kali Dovizioso memotong Marquez dan dua kali juga Marquez memperagak­an aksi garang untuk kembali mendahului ketika juara dunia tiga kali itu memasuki pusingan kedua terakhir sebagai pendahulu.

Namun ketika kelihatan Marquez akan mencatat kemenangan ketiga berturut-turut, penunggang Sepanyol itu tersalah langkah pada pusingan terakhir sekali gus membenarka­n Dovizioso peluang untuk memintas di selekoh 11.

Ketika Dovizioso melintasi garisan penamat menerusi kemenangan mendebarka­n itu, ia mencetus sambutan ceria di garaj Ducati.

“Saya sedar saya mempunyai peluang terakhir di selekoh 11, tapi dia menekan dan melakukan kesilapan,” kata Dovizioso.

“Saya melakukan selekoh sempurna di selekoh 10 dan dia melakukan kesilapan jadi saya mampu mengejarny­a.”

 Ungguli aksi sengit di Jepun

Marquez masih mampu bersaing namun Dovizioso tenang untuk melepasi garisan penamat membayangk­an dia mampu mencabar kejuaraan hingga ke perlumbaan terakhir musim.

“Saya sedar dalam dua selekoh terakhir apa saja boleh berlaku,” ujar penunggang Itali itu.

Marquez masih unggul dengan 244 mata berbanding 233 oleh Dovizioso manakala pelumba Yamaha dari Sepanyol, Maverick Vinales di tangga ketiga keseluruha­n dengan 203 mata.

 ??  ??
 ??  ?? DOVIZIOSO bersama trofi kejuaraan GP Jepun.
DOVIZIOSO bersama trofi kejuaraan GP Jepun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia