Harian Metro

Ranking terburuk?

- Devinder Singh devinder@nst.com.my

Pasukan bola sepak kebangsaan dijangka akan menduduki ranking terburuk apabila Persekutua­n Bola Sepak Antarabang­sa (FIFA) mengeluark­an senarai terkini bagi bulan Oktober hari ini.

Malaysia kini menduduki ranking ke-166 berkongsi kedudukan bersama Laos dengan 126 mata, berkemungk­inan akan turun empat atau lima kedudukan selepas kehilangan 16 mata susulan kekalahan 2-0 kepada Hong Kong pada kelayakan Kumpulan B Piala Asia pada 10 Oktober.

Kedudukan itu adalah yang terburuk sejak Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengambil alih jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Mac lalu dan menghampir­i kedudukan terburuk skuad kebangsaan di ranking 174 yang diperoleh pada April dan Mei tahun lalu.

Pasukan kebangsaan tidak memenangi sebarang lapan perlawanan antarabang­sa yang lalu termasukla­h lima perlawanan di bawah jurulatih baru kebangsaan, Nelo Vingada, sejak menewaskan Kemboja 3-2 pada November lalu di Piala AFF.

Malaysia hanya seri 0-0 menentang Filipina dalam perlawanan persahabat­an dan seri 1-1 menentang Hong Kong pada kelayakan Piala Asia sepanjang tempoh itu.

Rekod tanpa kemenangan itu adalah yang terpanjang sejak 2013-14, mengakhiri rekod lapan perlawanan tanpa kemenangan skuad kebangsaan ketika di bawah bimbingan K Rajagobal yang bersama skuad kebangsaan selama empat tahun.

Kekalahan kepada Hong Kong bagaimanap­un hanyalah membabitka­n satu pertiga daripada kehilangan 16 mata ranking skuad kebangsaan, dengan selebihnya disebabkan kehilangan 20 peratus daripada nilai mata dikutip ketika menewaskan Timor Leste 1-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia pada 2015.

Kemenangan ke atas Hong Kong sepatutnya membolehka­n Malaysia melonjak antara lima hingga tujuh anak tangga dengan 145 mata.

Berikutan aksi hambar menentang Hong Kong, Tunku

 Harimau Malaya mungkin turun empat atau lima anak tangga

Ismail berkata dia terpaksa campur tangan dalam pengurusan pasukan kebangsaan.

Presiden FAM itu turut mendakwa beberapa pemain dalam skuad tidak layak disenaraik­an dan dia tahu Harimau Malaya bakal berdepan masalah sebaik melihat kesebelasa­n utama menentang Hong Kong.

Malaysia dijadualka­n bertemu Korea Utara dalam satu lagi aksi kelayakan Piala Asia 2019 di laman sendiri pada 14 November, dengan perlawanan di tempat lawan bertemu lawan sama masih belum ditentukan tarikh dan tempatnya selepas tertunda tiga kali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia