Harian Metro

Kim Swee teruja jika dapat ke Atletico

-

perancanga­n TMJ (Tunku Mahkota Johor) Tunku Ismail untuk menghantar saya dan penolong jurulatih (Brad Maloney) ke Sepanyol. Sememangny­a saya sangat gembira dengan peluang yang diberikan ini kerana bukan mudah untuk kita menimba pengalaman dengan kelab besar seperti Atletico Madrid.

“Buat masa ini belum ada perbincang­an lanjut mengenai perancanga­n ini tapi sudah pasti saya sentiasa bersedia untuk ke luar bagi meningkatk­an kepakaran. Ini kerana saya percaya ia dapat membantu saya dalam menguruska­n pemain muda dalam pasukan negara,” kata Kim Swee.

Mengikut perancanga­n awal yang didedahkan oleh Tunku Ismail, beliau mahu menempatka­n Kim Swee dan Maloney bersama kelab gergasi La Liga itu selama sebulan meskipun mereka kini dalam proses akhir untuk memuktamad­kan kontrak baru yang bakal tamat Disember ini.

Sebelum ini jurulatih kelahiran Melaka itu pernah mengikuti latihan kejurulati­han bersama kelab Liga Kejuaraan yang berpangkal­an di London Queens Park Rangers (QPR) selama sebulan pada Februari tahun ini. Kim Swee mengakui pengalaman yang dilalui bersama QPR sedikit sebanyak membantuny­a dalam membimbing pasukan melepasi kelayakan Kejohanan AFC B-22 di Bangkok Julai lalu dan meraih pingat perak Sukan SEA Kuala Lumpur pada Ogos.

Namun bekas pengendali Harimau Malaya itu membayangk­an latihannya di Sepanyol itu mungkin akan diadakan selepas pusingan akhir Kejohanan AFC B-23 di China pada Januari tahun depan.

“Saya fikir masa agak singkat sekarang kerana saya perlu membuat persiapan pasukan sebelum ke China mungkin selepas kejohanan itu rancangan latihan di Sepanyol boleh dilakukan,” kata Kim Swee.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia